Wednesday, November 24, 2010

yuna - penyanyi genit yang sangat aku suka...


yuna. dulu aku tidak mengenali macam mana rupa dia. waktu lagu dan sebenar sangat hangat di corong radio. aku ni memang suka lagu-lagu yang berentak jazzy. lantak pi lah. ada suara sumbang berkata-kata ..:eiiii..apa bestnya dia. lagu dia pun tak best. whose care what i like. hahahahaha...


bagi aku lagu dia menyentuh perasaan ku.sehingga setiap akli aku dengar bait-bait lagu tu. aku memang akan teringatlah arwah mak. sukar nak diluahkan mcm mana rasa kehilangan mak. tapi dengan lagu tu semua begitu jelas. CINTA SEMPURNA.


bagi aku dia seorang yang kreatif, merendah diri, dan juga tahu apa yang dia mahu. sebab itu bagi aku, lagu-lagu dia sangat sesuai dengan tone suara dia. tone suara dia memang sedap. sebenarnya dia memiliki raut wajah yang sederhana, gadis biasa. kemelayuan. kerana kesederhanaanlah. membuatkan lagu-lagunya bila didengar amat sederhana, ringan dan mudah diterima. tetapi dalam kesederhanaan itu sebenarnya ada getar kehebatan disitu. cuma orang yang boleh merasai sahaja yang boleh capai nikmat kepuasan mendengar itu sampai ke tangkai hati. woop!woop! bahasa puitis tu derr...


bagi aku. dia boleh dijadikan contoh yang baik untuk artis-artis baru. malah remaja-remaja sekarang ini, kalau nak ikut arus zaman, atau nak jadikan artis sebagai idola, harus pandai menilai dari segi mentaliti dan juga personaliti seseorang artis itu. so either u like it or not. i like....

Yuna - Cinta SempurnaAku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh

GADIS SEMASA
Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
T

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

etapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

ketam masak lemak tempoyak

uish..bila ada ketam asyik masak lemak, goreng biasa, masak black pepper, kari pekat, masak sambal dan sup. ermm...apa lagi yang nak dibuat ni. maybe kena ada perisa lain. so aku carilah kat internet resepi apa yang boleh di improvise. chewahh....cakap orang putih. hehehhehe..cari punya cari. tak ada pun yang berkenan di hati. so apa lagi, dah rasa macam nak masak lemak jelah. bila dah keluarkan semua bahan. alamak, ada tempoyak lah. boleh ke tak bubuh tempoyak dnegan ketam. berdosa ke tak eh? hahahaha..boleh pulak berfikri sekejap.

so akhirnya mabil keputusan nekad, ingin mencuba. wah....ketam mahal ni. boleh pulak nak mencuba. tawakal lah kan. bila dah mencuba, haruslah sedap awak oiiii...teruja nak cerita. berselera makannya. pasal jarang dijumpai. maybe kat negeri lain  ada kot. tapi kat kodai cik peah pun, tak ada masak lauk gini. nak ceritanya. ahahhahaa..

bahan-bahanya:
ketam (4 ekor jer. dibelah dua) - waktu beli tu timbang-timbang sikit dengan tangan. kalau berat tu, banyak isinya. pas tu beli lah hari-hari memang ketam banyak isi. agaknya 20hb ke atas kot. bulan islam. rasanyalah.hehehe
1/2 kilo santan pekat.
5 biji bawang merah
segenggam atau ikut sukalah cili apinya
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk.
tempoyak dalam 3 sudu. saya beli yang dah siap ikat kecik-kecik tu. pakai semua.
sekeping asam keping.
sedikit air, garam dan gula.

cara membuatnya.
1. mesin cili api, bawang merah, kunyit hidup.
2. kemudian masuk dalam periuk dan renehkan dengan sedikit air. kemudian masukkan serai yang sudah diketuk tadi dengan asam keping.
3. masukkan santan. kalau pekat sangat masukkan air sedikit. ikut sukalah.
4. setelah mendidih masukkan tempoyak. kacau sampai medidih.
5. setelah itu masukkan ketam dan bahan perasa.

itu sahaja caranya. mudah bukan. tutup mata tak boleh buatlah. teraba-raba nanti. kepekatan, kepedasan, dan rasa. ikut selera masing-masinglah ya. taste lidah masing-masing tak sama.
selamat mencuba.

korean drama ......king of baking



king of baking....(oh hensemnya mamat ni). kalau mengandung, harus tengoklah. mana tahu anak aku boleh terkenan muka dia ni. hensem bangat. kat malaysia ada cop tak macam muka mamat ni. wah..sudah lebih karut menagrut ni.

ok let start....harus..harus..eh..wajib, wajib tayang dan tengok. hahahaha....giler aku jadi makin lalai dalam kehidupan ini kerana tengok cerita yang best giler ni. habis semua kije tertangguh.. adush...kesilapan diri sendiri.
aku saja nak share bertapa penting dan kuatnya impak cerita ini dalam kehidupan ku. wah....ayat. maksudnya semakin teruja nak mempeajari bidang masak ni. mcm yang tak ghoo buat lah. kerana minat sangat buat roti, jadi dia berusaha untuk buat roti yang paling sedap sekali. huwaahh....keazamannya memang respect lah.
rasa macam nak sangat jumpa penulis cerita ni. nak bagi tabik hormatlah. mcm mana dia boleh menghasilkan satu jalan cerita yang sangat bagus macam ini. semua perasaan kita dapat selam. ke dasar sekali tu woohh....
kemudian nak jumpa pengarahnya pula. nak tanya macam mana dia boleh jadi begitu hebat dan bagus dalam mengarap cerita ini sampai tidak dapat dilupakan oleh penonton. episode demi episode dinanti oleh penonto tu.. and next teraju utamanya. nak juga tahu macam mana dia boleh begitu hebat menghayati watak ini. dan dia sanggup belajar buat roti untuk mendalami watak kim tak ghoo. wah....respect giler lah.
cuba kita suruh pelakon kat malaysia ni, agaknya siapa yang yang akan buat semua ini. ada ker? maybe ada tapi hanya beberapa sahajalah. boleh dibilang. sebenarnya aku rasa, setiap pelakon di malaysia ni, kena banyak tengok movie lah. tak kiralah movie jenis apa pun, jangan kira best tak best, kira apa impaknya kepada diri sendiri. kemudian dia org ni kena download skrip dari internet lah, sambil tgk filem tu. baru dia org boleh menjadi hebat kot. heheheh..cadang je. maybe tak betul kot andaian aku ni.
apa pun sape yang rasa teruja ingin tahu betapa hebatnya cerita ini . beli lah cd, atau tengok dekat mysoju. sebabnya dekat astro dah lama habis ceritanya. hehehehhe....
dalam hati ada tanam azam nak jadi berjaya dan mempunyai keazaman macam kim tak ghoo. chayook!!!!!!..SELAMAT....

hari peribahasa

rezeki harimau - perolehan yang kadang-kadang dapat banyak tetapi kadang-kadang tak dapat langsung. kenapa aku buka isu ni. perumpamaan ini sesuai untuk aku yang baru nak mulakan bisnes makanan ni. kadang kala masyuk kadang kala tak ada. tapi kita sebagai orang islam mesti kena selalu percaya, jika sudah rezeki kita, pasti akan menjadi rezeki kita. dan mungkin rezeki kita tetapi kena share dengan orang lain . atau pun rezeki orang lain yang mungkin akhirnya menjadi rezeki kita. semuanya dariNYA yang ESA. kita merancang dan memohon. tapi maha PEMBERI adalah yang di atas. sesungguhNYA DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. so hasad-hasad dengki ni jauhkanlah. dan satu lagi, jangan cepat putus asa, atau putuskan apa sahaja hanya kerana rezeki yang orang lain tidak mahu share ataupun bukan hak kita. sesungguhnya bersyukur dan sentiasa berfikiran positif adalah lebih baik dari beburuk sangka terhadap orang lain. mungkin hari ini orang tidak percaya dengan hasil kita. tapi lama-lama kalau kita bersungguh mesti akan ada orang mahu juga,


top chef - my favourate tv show.............

ha...nak share sikit. ada sesiapa sama minat dengan saya tak tengok cerita ni. gila! gila minat! sampai hadap depan tv tak berkelip mata. habis tinggal semua benda yang dibuat. punya lah tak sabar nak tengok episod berikutnya sanggup hadap depan pc ni nak tgk episode demi episode. gila minat aku.! hehehe... biasalah dulu nak jadi chef tak jadi. so inilah minat aku berikutnya. hehehe...

memang teruja lah tengok rancangan ni. lagi-lagi tengok top master chef. lagilah hebat kerana pertandingan di antara chef-chef yang terkemuka. yang bestnya show ni, cabarannya. mcm2 benda pelik yang mereka kena cuba. lagi satu nak beritahunya, walaupun mereka ada yg dah ada pengalaman, dah ada bisnes sendiri dan mcm-mcm idea. tapi di show ni telah membuktikan keadaan yang membuatkan kita bertindak di luar kotak kebiasaan kita. walaupun maybe kita hebat, tapi bila dalam situasi tertekan, kadang kala bend ayang sudha biasa menjadi tidka biasa. dan benda yang tidak biasa boleh pula jadi terror. 

so..mana yang tak pernah tengok tu. cuba-cubalah ambil masa untuk menjengah ke show ni. alah channel 702. mana yg ada astrolah. tak ada astro tgk dekat youtube. hehehee...

aku memang excited bila tgk cerita ini. tak tahu kenapa. dia org ni macam-macam nak buat. tapi kadang kala terfikir juga. agaknya chef-chef kat malaysia ni. kalau belajar chef kat luar negara mesti ada jugalah terkena buat makanan yang tak halal. contohnya penggunaan alkohol dan ingredient yang terlarang. maybelah..x pula aku nak sibuk soal siasat. cuma agakan kerana chef-chef dalam ni, mesti masak dan mencuba ingredients yang diberikan oleh chef lain. huwahh..haruslah nak luluskan. apa pun, whatever pun. terpaksa lain cerita, yang penting niat selepas belajar itu memperluaskan makanan yang halal. ok..

keberkatan tu lebih penting dari wang ringgit. so....selamat lah semuanya.
 

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

sebelum nak bagi resepi ni. nak share lah sikit pasal pencipta resepi ini. namanya Amy Heng. waktu giler nak buat kek dulu. aku ni pergilah ke popular. itu pun tersinggah kerana baru beli oven.hehehe,..jalan punya jalan punya jalan...cari punya cari. mana pulak pergi buku-buku resepi chef melayu ni. adush..gelisah jap. kebanyakannya buku resepi bahasa cina dan inggeris dan chef-chef antarabangsa dan chinesse.so, pasal nak juga buat. aku beli lah buku amy heng ni. psl dalamnya ada detail gambar cara membuat dan juga bahan-bahannya. so kalau nak pergi beli kat kedai tu, tahulah nak cari brand apa yerr..mudah bukan.



hari raya adiladha. nak jadi cerita teringin pulak nak buat resepi ni. macam best. bila dah buat memang best. cuma tidaklah secantik amy heng punya decoration. ha...yang tu aku tak pas. nak buat mcm mana bukan background chef. heheheh.



so inilah resepinya. kalau rasa nak try resepi lain atau nak tengok gambar-gambar hasil keknya yang cantik pergilah cari bukunya ya.harga bukunya rm 20.00 dekat popular. so selamat mencuba resepi ni yar. saya tak attach gambar, kerana rupa kek saya huduh sikit. hahahhahaa


resepi :


250gm butter
370gm soft brown sugar1tsp vanilla essence
4 eggs gred A
320gm plain flour
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
100gm cocoa powder (dissolve in 280ml hot water)




chocolate filling
300ml UHT whipping cream
600gm cooking chocolate(chopped)
(heat cream in a double boiler until hot. add in chocolate and stir until smooth.cool until chocolate has thickened before usage)


topping
50gm white chocolate melted , add in 1 tsp shortening.


method:
1.beat butter, sugar and vanilla until light and fluffy.gradually add in eggs until well mixed.
2. add in sieved ingredients alternate cocoa mixture on low speed.
3. pour into prepared tin and bake for 1 hour.after cool slice cake into 3 layer horizontally.
4.spread one layer with half of chocolate filing and top with another layer.pour warm chocolate topping and tilt cake round to coat and let the excess flow down the sides.
5. place melted white chocolate in a piping bag and pipe a few circles on surface of cake.use a skewer to create feathery effects.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...