Tuesday, January 18, 2011

BERIKAN KU SEMANGAT

hari hari aku senyum bukan tandanya aku sentiasa bahagia.
tapi sedang diuji dengan bersandarkan kesabaran.

bukan semuanya indah dalam hidup ini,
walaupun pelbagai warna, corak dan rentak
yang bisa mengagahkan hidup ini,
 tapi aku masih bisa patah.
patah ditangkai hatiku.

aku sentiasa bertongkatkan kesabaran
dengan secebis keimanan
yang masih aku usahakan untuk mencantum perca demi perca
agar ia bisa menjadi hamparan dan perlindungan bagi ku.

ya allah, berikanlah  aku semangat dan kekuatan
agar bisa aku meneruskan hidup ini
agar bisa aku menjadi lebih ingat padamu
agar bisa aku sentiasa menjadi cekal
melalui kepayahan ini

biar aku patah dihati
jangan aku leka dibuai bicara bumi
biar aku rebah sekali
jangan aku menyerahkan diri

ya alalh berikanlah aku semangat...

Monday, January 17, 2011

next kelas- yepi!

wow wee....selepas tamat belajar di umcced. tunggu nak siapkan projek akhir. kemudian meniti saat untuk amik scorll, my second diploma. hehehhee...sepanjang hayat aku, inilah matlamat yang aku ada untuk capai. aku ingin memiliki ilmu dalam pelbagai bidang. alhamdulillah. walaupun orang asyik tanya, " weh, kan ko dah ada diploma nape ambil diploma lagi". jawapan aku senang saja, aku tak kisah apa sijil pun yg aku ada. aku mmg tak boleh tinggalkan harta yang banyak untuk anak-anak aku. coz  mmg tak ada. tapi ini saja ilmu dan semangat yang aku nak wariskan untuk anak-anak aku. tak kira usia sebanyak mana pun, insyallah, one day aku akan genggam scroll MASTER. itu impian yang aku nak capai sebelum aku tutup mata.

yeh!yeh!....lepas ni , fokus dengan kelas masak. kelas demi kelas. so bulan februari ni, see u cheff asma untuk dua kelas lagi. kelas coklat dan kelas talam part tu. after that, masuk kelas di mib 2 months belajar buat roti & pastry. hehehhehe....semua dlama planning. aku harap murah rezeki dan harap semuanya success  untuk tahun ni.

to my beloved husband, please give ur support to me. hehehhehehe

to my beloved daughter aimi, please understand why ummi very busy pergi kelas dan duduk dekat dapur ye. i love u all.. hehehehehe

Sunday, January 16, 2011

bermaafan

kata prof muhaya, sebelum tidur kita kena bermaafan dengan suami dan juga memaafkan salah silap semua org dengan kita dan pohon mereka juga memaafkan kita.
tapi aku x tahu sama ada aku akan jadi sekuat prof muhaya.
ermm...tapi dia sangat baik dan air mukanya berseri2 sahaja.

alhamdulillah, jika aku ada sifat macam itu. tapi aku berharap biarlah anak2 aku akan ku didik macam gitu.

insyallah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...