Thursday, April 21, 2011

Pau Gebu Water Roux Resepi II

Masakan - Kuih Muih
source : blog intan anis- bukan sekadar masakan. hehehe...seperti yang dijanjikan oleh intan semalam. dia nak bagi resepi untuk kita mencuba. so kita cedok ye resepi intan, untuk rujukan. tq. intan...harap-harap menjadi. yepi!!!!



Bahan-bahanya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti- sedikit inti kacang merah

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...