Tuesday, January 3, 2012

Plugra Professional - Buttercream made with Plugra

Making a Swiss Roll

How to Make Homemade Waffles

Resep Rempeyek

MINI MEAT PIES

★ Perfect Puff Pastry ★

PRIHATIN DENGAN LOGO HALAL

sudah diwar-warkan, kalau tidak prihatin juga, tidak tahulah nak cakap mcm mana lagi. ...

Puding Keju Karamel / Caramel Cheese Pudding

dari blog ini : citarasawan.blogspot.com



Karamel
100gm gula pasir
(Masak gula hingga perang, tuang cepat ke dalam acuan-acuan kecil, ketepikan)

Bahan Puding Keju
150gm cream cheese - lembutkan pada suhu bilik
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
100ml susu sejat / susu cair
200ml air
3 biji telur - di pukul ringan

6 biji acuan kecil - di gris mentega terlebih dahulu

Cara-cara :
1.  Satukan cream cheese, gula pasir dan garam.  Whisk hingga bergaul rata dan dan tidak berketul.
2.  Satukan susu segar dan air, kemudian tuang sedikit-sedikit ke dalam adunan cream cheese sambil di pukul hingga rata.
3.  Masukkan telur dan gaul hingga rata dan sebati.  Tapis ke dalam jug kecil.
4.  Tuang adunan ke dalam acuan berisi karamel hingga penuh.
5.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu secara bain marie (letak acuan dalam dulang berisi air panas) pada suhu 160C di rak tengah selama 1 jam.
6.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau lebih sebelum di keluarkan dari acuan.

diskusi dr radio ikim bersama prof muhayaby Siti Ramzan Mohamad on Wednesday, 3 August 2011 at 12:10

HIDUP DI DUNIA INI BERSYUKUR DENGAN ORANG YANG MENYAKITI MU
KERANA DIA MENGAJARMU MENJADI ORANG YANG SABAR,
HIDUP DI DUNIA INI BERSYUKUR DENGAN ORANG YANG MENIPU MU,
KERANA DIa LAH MENINGKATKAN ILMUMU,
HIDUP DI DUNIA INI BERSYUKUR DENGAN ORANG YANG TIDAK MENGENDAHKANMU,
KERANA DIALAH YANG MEMUPUKMU UNTUK BERDIKARI
HIDUP DI DUNIA INI BERSYUKUR DENGAN ORANG YANG MENJATUHKAN MU
KERANA DIALAH YANG MEMPERHEBATKAN KREDIBILITIMU
HIDUP DI DUNIA INI BERSYUKUR DENGAN ORANG YANG MENYEKSAMU
KERANA DIALAH YANG MENINGKATKAN KESABARANMU
P/S: bila baca berulang kali terasa sebak dengan ungkapan ini. lagi-lagi mungkin inilah sebahagian di dalam hidup yang dilalui setiap hari. SubanAllah. terima kasih kepada prof Muhaya yang membacanya dan juga pada yang menghasilakn nukilan ini.

mencari jodoh yg baik-baikby Siti Ramzan Mohamad on Tuesday, 6 September 2011 at 12:03

cuba menyimpulkan dr bahan bacaan yg dibaca: tuk mencari jodoh yg baik-baik, tidak adil kita tidka berusaha menjadi orang yg baik tuk si dia. di mana nak cr jodoh yg baik? jawapannya di tempat yg baik2. apa kebaikan yg kita perlu cr pd dia, dia mengamalkan apa yg disuruh oleh agama, dia menghormati ibu bapa dan org sekeliling, dia berusaha mencari nafkah, dia menyuruh kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dia menyayangi dirinya dan diri kita, dia saling berteloransi dan membantu dlm ssh dan senang,bersederhana dlm semua segi.
saya teringat kata2 makcik saya. jika sudah tahu org itu tidak bekerja, panas baran, biadap kenapa turutkan nafsu untuk meneruskan perhubungan. jika ibu bapa tidak merestui juga, kenapa masih meneruskannya tanpa rasa bersalah mahu pun menyesal. mungkin sebab itu, berlakunya banyak perkara rumahtangga sekarang ini disebabkan memilih kerana nafsu bukan kerana agama.
ada juga org yg menolak jodohnya kerana fizikal seseorang individu itu. seolah-olah jika cantik fizikal seseorang individu itu maka cantiklah segala2nya. jika jeleklah seseorang individu itu akan jeleklah segala2nya. ditulisnya panjang lebar list yg diimpikan. ada yg mahu yg beriman tangga pertama, tetapi dia tidak menutup aurat. ada yg mahu yg berharta tetapi dianya biasa-biasa jer, ada yg mahu yg ensem dan cantik tetapi di mukanya dipenuhi makeup setebal seinci.ada yg mahu org cerdik pandai tetapi dianya tidak mencari ilmu setinggi mana. ada org yg mahu mencari keluarga yg baik-baik tetapi dialah yg menghuru harakan familinya. ada orang mahu yang rajin tetapi dirinya pemalas nak mampus. ada orang yang mahu gagah perkasa, tetapi dirinya serba tak bermaya. ada orang yg mahu org yg taat soleh solehah tetapi dianya mengkomplen nombor satu. ada org suka yg kelakar tetapi dialah org yang panas baran. ada orang yang suka yang pandai masak tetapi dialah orang yg paling tak menghargai rezeki itu. sebab itu ada yg menyatakan jodoh kita itu cerminan diri kita, cerminan amalan kita. SubahanAllah.
p/s: minta maaf jika note ini menguriskan perasaan mana2 pihak. tidak bermaksud mahu jd org yg berlagak pandai. tetapi mahu berkongsi sedikit bahan bacaan dan mahu berkongsi sedikit pendapat apa yg jd disekeliling kita. mana yg baik jdkan teladan, mana yg buruk minta dijauhkan. niat untuk jd org baik-baik mungkin sudah dapat pahala. jd jika org itu cuba menjadi org yg baik-baik kenapa tidka mendoakan mereka. tetapi mengejek2 mereka. ambil yang perlu sahaja yg tak perlu abaikan sahaja. kalau nak beri komen dibuka dengan seluasnya2, moga sama2 boleh memperbetulkan mana yg silap

coretan tahun baru 2012 - oleh nik aziz

Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.

Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?

Penetapan awal tahun Hijrah berdasarkan kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW. Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah. Menggunakan kalendar hijrah bererti mengingatkan kita semula kepada pahit maung perjuangan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan dakwah.

Adakah generasi muda kita pada hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun? Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid bin Harithah namun dilempar dengan batu? Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini. Justeru, apabila kalendar hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW.

Sayangnya hari ini, kalendar hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar masihi sebagai kalendar yang utama. Paling tidakpun, pada bulan Ramadhan dan Syawal kalendar hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar. Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam. Apatah lagi kalendar masihi inipun asalnya dari penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajah. Saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran.

Apapun, saya berharap agar lembaran tahun baru ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat kita menumpang, tiba masanya kita perlu pergi jua dari tempat kita menumpang sekarang. Jika hari ini kita bermusafir tetapi masih mampu untuk balik kampung, maka satu masa nanti kita bermusafir kea lam barzarkh dan seterusnya ke alam mahsyar pada hari kiamat, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke kampung halaman kita di dunia ini.

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 7 Safar 1433 H bersamaan 1 Januari 2012

pelan kehidupan-prof muhaya

hari ini dalam radio ikim bersama prof muhaya, tajuk ini sgt2 menarik. so saya nak share sedikit.
ada 3 perkara yg boleh kita lalui dlm kehidupan kita dengan aman,
1)ketenangan jiwa  - dari segi percakapan dna tindakan
2)kebahagian  - bahagiakan org lain
3) kebebasan - memberikan kebebasan mengikut batasan agama
berikan 3 perkara ini kepada org lain.
sentiasalah berniat untuk merasa tenang dan segala tindakan kita akan menenangkan dan membahagiakan.
prinsip untuk mendapat ketenangan jiwa dan juga bahagia.
1)mesti mempunyai pemikiran yang terbuka & bergantung kepada Allah.
2)Kemahuan dan kecenderungan yang kita seronok nak buat
3)kita tidak boleh beri apa yang kita tidak ada. jadilah orang yang penyayang dengan beri apa yg kita mampu beri.
4)satu hari duduk diam dan bertafakur-lihat diri dan jadi pemerhati akan perangai diri sendiri.cuba fikir nape aku buat itu dna ini, jd mcm tu dan mcm ni...
5) lupakan sejarah yang lepas. setiap hari kena bina konsep hidup yang baru. kerana sejarah yg lepas adalah pencuri yang membuatkan kita terikat pd sejarah lama dan duk risau akan masa depan.
6) setiap masalah yang kita ada, cuba ubah fikiran kita untuk menyelesaikannya-positif
7)buang segala kebencian
8)cuba pejam mata dan bayangkan apa yg kita impikan, nak jadi sihat, cemerlang dna sebagainya
9)hargai diri kita sebagai hamba Allah (sangat2 penting ni!!!)
10)org yg plg bijak adalah org yg berkeupayaan menolak pemikiran yang melemahkan dirinya.
entah kenapa saya menangis apan bila prof menghuraikan prinsip ini satu persatu. rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah....

Alam rumahtangga adalah seni bukanlah badai dilambung ombak

beberapa minggu yang lepas saya beborak dengan sorang teman yang meniti saat akhir zaman bujangnya. ada riak was-was dengan keputusannya . di facebook pun ramai yang bercerita masalah rumahtangga, bercerai sana sini, suami buat hal, isteri pun buat hal juga, anak pula lintang pukang dan macam-macam lagi. dek kerana desas desus cerita di internet dan di dada kahbar, membuatkan orang yang nak meniti alam perkahwinan, berdebar-debar menconggak nasib mereka pula.

saya tersenyum mengenang saat saya mula berkahwin, saat saya meniti  dan mengecapi alam perkahwinan selama beberapa tahun. memang banyak dugaan yang dihadapi. kadang kala rasanya nak rebah juga.
ehehehe.....tapi, rupanya kita boleh mengawal semua itu dengan iman dan juga ilmu. bila ada ilmu kita boleh mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk rumahtangga kita, dan dengan iman kita mendirikan solat dan berdoa kepada yang Esa, bantu kita....pelihara kasih sayang kita. but apa yg disuruh tinggal apa yang dilarang.

berbalik kepada rakan saya ini, satu je nasihat saya, POSITIF! setiap orang tak mengalami nasib yang sama. berbeza-beza, tapi pembentukan datang dari diri sendiri. kalau fikir terlalu negatif atas nasib orang lain ke atas diri kita yang belum kita tempuh, seharusnya kita akan tempuh nasib yang buruk itu. coz kita dah bayangkan awal-awal kisah itu. cuba fikir benda yang indah-indah, dan lalui saat-saat itu dengan indah.....bukanya banyak fikir tentang  seperti....

- takut suami berubah setelah kahwin
- takut ekonomi rumah tangga tak bagus
-takut kita tak boleh melahirkan anak
-takut dapat anak lambat
- takut tak dpt sesuaikan diri
- takut keluarga mertua dan ipar duai tak baik
- tak pandai masak

ermm.....sentiasa beristikarah dan sabar. supaya apa yang kita buat, kita tenang selalu. setiap orang akan mengalami dugaan yang berbeza-beza. saya juga pernah mengalami ujian yang besar dalam rumahtangga saya. tapi rupanya dugaan itu, adalah ujian yang mendekatkan saya kepada Allah. dugaan yang membuatkan saya melangkah luas untuk memperbaiki diri sendiri saya & hidup saya. mungkin dulu bila bergaduh selalu nak salahkan pasangan. kadang-kadang salahkan tuhan juga kerana jodoh macam ini. padahal bercinta  kan bukan pilihan keluarga...Astagafirullah...

sebenarnya bila datang masalah, perkara pertama kita lihat diri kita dahulu. muhasabah dan duduk melihat silap dalam diri sendiri walupun kita rasa bukan salah kita. cuba baikkan diri kita ini, setiap hari cuba buat yang lebih baik walaupun pasangan kita masih nampak salah kita. kemudian baru berbincang dengan pasanga. jika rasa dah bincang tak boleh, sentiasa minta bantuan dari Allah. kadang kala niat kita perbaiki diri kita untuk sedarkan pasangan kita akan membuahkan hasilnya.coz kita memang tak tahu nikmat pada hikmah yang Allah beri pada ujian yang diberinya. jika kita tahu sudah pasti kita tidak akan membuat perubahan dalam diri kita.

Allah sentiasa memberikan kebaikan dalam hidup kita, jika datang keburukan itulah ujian dalam hidup. supaya kita sentiasa sedar, bahawa kita ini cuma hambanya di dunia ini. dicampakkan adam dan hawa sehinggalah lahirnya kita ini hanya sebagai hambanya yang memakmurkan bumi ini. so, kita harus memakmurkannya...
indahnya alam rumahtangga ini apabila ada sabar dan iman dna juga ilmu. mana tak tahu pergilah menuntu ilmu dengan orang yang betul. kadang kala terlalu mengejar kemewahan, kekayaan, kesenangan dan kerjaya juga boleh menyebabkan rumah tangga kita tiada seninya. kejarlah dunia dan akhirat. sebagai isteri reda suami itu penting. nak buat apa pun, kena minta kerelaan nya. isteri harus jaga akhlak, akidah dan aurat demi suami dan agama. baru anak-anak membesar dengan sihat.

jika suami tidak mengikut ajaran islam, kita isteri yang patut buat dengan sabar. sentiasa berdoa, dibuka kan hatinya. jangan asyik cakap suami saya tak bimbing. terlalu banyak bagi alasan juga tidak menyelesaikan masalah. usaha yang penting. saya bukan kaunselor tapi saya bercakap melalui pengalaman. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, akan buatkan kita sentiasa tenang melalui alam rumahtangga. insyAllah...hidup akan lebih bahagia, mcm2 rencah, warna, dekorasi yang kita boleh hiaskan dalam hidup rumahtangga kita. bukan selalu fikir bagai kapal, yang kadang kala dilambong ombak lah, terhempasah..apalah...

pada semua kawan-kawan yang lama dan baru dan akan berkahwin. semoga ceria, berfikiran positif dan bahagia selalu...

KAWAN-KAWAN LAMA DARI FSP-UITM SHAH ALAM (1999-2002), IJAT,KAK IDA & CICI


30 DEC 2011-9 MALAM, RESTOREN DARUL EHSAN, SEK 11, SHAH ALAM, SELANGOR
perjumpaan sahabat lama sewaktu di fakulti seni persembahan uitm shah alam. bersama ijat, kak ida dan cici.
rasanya menghitung waktu tak sabar nak berjumpa mereka semua. lebih kurang 8 tahun kami tidak berjumpa each other selepas konvo pada tahun 2003. waktu dulu fizikal dan mental kami sangat berbeza dari sekarang ini. rasanya tak cukup waktu yang ada, coz aku datang lewat sedikit. ermmm....

sambil makan dan sambil bercerita, kisah dulu dan kisah sekarang ni. anak-anak pun buat hal masing-masing. hehehehe...terbayang kalau ramai lagi yang hadir, mesti gamat tempat ni. yelah kami ni di kira puak-puak kecoh jugakan. heheheh.....

waktu ini terimbau juga saat bersama di fakulti. macam-macam cerita, ragam dan hal lah. menitis air mata sekejap bila sampai di rumah. sangat2 rindu dengan rakan-rakan yang lain. nani, dekja, honda, achu, faris, awe, abro, zila, wati sedih, wati , mek, kak maya, kak eiza, kak n, siti K,lenny, kak elis, abg rizal, abg amran, wadi, oda, ayang, wah...sape lagi ni..? mcm ada yg tertinggal je ni...ketuk2 kepala, x ingat juga.

siapa sangka, cici yang kahwin dulu sebelum tamat belajar, akhirnya sudah menjadi seorang suri rumah yang kira berjaya. kerana dimurahkan rezeki dengan empat orang cahaya mata yang comel. walaupun ada dugaan dengan anak keduanya yang mengalami sindrom idd, aku rasa dia tetap ibu yang terbaik buat anak-anaknya dan isteri yang hebat. bukan senang untuk melahir dan membesarkan anak yang ramai. tapi aku lihat dia ceria, dan cara dia menceritakan keletak anak-anaknya, bersinar mata dia, dan sangat menarik.

kak ida, dulu gadis genit yang nampak lesu jer. hehehe...sorry kak ida. dulu kak ida sangat kurus ke hulu ke hilir dengan zila. mana zila pergi ek? sekarang ini, agak gebu, nampak wajahnya berseri-seri dan manis. maybe kerana pengaruh cinta sang teruna, hehehe....nanti jemput yer, kami makan nasi minyak. dulu kak ida bekerja di syarikat penerbitan, siapa sangka sekarang ini kak ida dan kawannya dah buka syarikat penerbitan sendiri. walaupun kecil. aku rasakan langkahnya sudah besar berbanding kami semua yang masih makan gaji. title pengurus tu dah lama menjadi idaman kami, tapi kak ida dah dapat dulu dah..heheh...syukur alhamdulillah. kami mendoakan agar terus berjaya dan mendapat kebahagian yang di impikan.

ijat pula...wah ni banyak nak cerita. sahabat yang paling akrab dengan saya. walaupun apa yang orang cakap tentang dirinya. bagi saya, dialah sahabat baik saya. kami dulu di kelas yang sama dalam beberapa subjek. dialah sahabat yang banyak menghulurkan bantuan dengan kenderaannya...orangnya baik dan tidak kedekut. hehehe......Terbaik!!!!....sekarang dia sudah terbang ke bumi Australia. merantau terus di sana. dari dulu ijat memang bagus dalam PR. akhirnya itulah rezeki dia,bekerja di dalam bidang sales dan juga marketing. jika di hitung-hitung tak ramai rupanya batch kami yang masih setia dengan bidang yang kami pelajari dulu. cuma wati, fariz, ika, lenny,honda dan budak2 degree. yang lain semua dah di luar bidang. hehehhe...tapi satu jelah bidang yang kami masih sama.....vokal kami, gaya kami bercakap dan kamera, masih sama seperti dalam bidang. yelah...kami dulu belajar kelas lakonan, vokal. hehehe...sambung cerita pasal sahabat saya seorang ini. dia seorang yang sentiasa ceria, walaupun ada masalah...senyum dan senyum....sebab itu dia disenangi orang. kini dia sudah jauh merantau....sudah susah nak berjumpa dna bersembang... saya doakan, dia menjumpai kebahagian yang lebih terjamin dunia dan akhirat.

apa pun...bagi saya semua kawan-kawan saya telah berjaya dan bahagia. memori ini akan sentiasa terpahat di minda saya. terima kasih di atas pertemuan ini. semoga ada lagi perjumpaa akan datang. dan semoga semuanya hidup sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.

Monday, January 2, 2012

karipap

assalam, hari ini saya nak share resepi karipap frozen saya. alhamdulillah mendapat sambutan yang baik.resepi ini saya belajar dari cikgu saya, kak june.

1kg tepung gandum
100gm marjerin - terpulang nak cairkan panas2 ataupun tidak

sedikit garam
235gm air sejuk - bubuh sedikit-sedikit agar tidak adunan menjadi lembik.
2biji telur

gaul semua adunan kecuali air. setelah sebati, baru masukkan air sedikit demi sedikit.
saya dapat 90 biji untuk adunan ini.

setelah siap, bakar dalam masa 2 minit kemudian, boleh bungkus setelah sejuk. tahan selama 6 bulan. hasilnya setelah goreng kulitnya tetap keras, tidak lembik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...