Tuesday, November 23, 2010

APAM SIAM

ERMM....semalam terasa nak membuat apam. aku ni kalau dalam keadaan tertekan, banyak berfikir atau tension. mula lah nak buat sesuatu di dapur. kununnya inilah caranya aku melepaskan tension dan mencari ketenangan. hehehehehhe....just try buat. tak tahulah apa sebenarnya rupa apam ni. coz mmg tak pernah buat dan tak pernah dengar sebelum ni. ni pun pasal chef asma ada bagi resepi yg nak kena try ni. so inilah rupa yg saya buat. teksturnya bukan macam apam eno. agak padat sikit. apa pun thanks chef...
rasanya biasa jerr...tapi layanlah makannya. maybe next time buat. nak tambah yourgat sikit ..apa agaknya rasanyer kan.

resepinya :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor (saya pakai gula icing, psl x nak manis sgt)
7 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu ovellate

cara membuatnya:
1. pukul telur sampai kembang. mcm buat kuih bahulu tu.
2. selepas tu campurkalah dengan bahan lain. sampai sebati.
3. kemudian bahagikanlah kepada beberapa bahagian dan mengikut warna yang disukai.
4. kemudian masak atas dapur. kukus tu panaskan dulu ya. kukus selama 1 jam (jangan buka penutupnya sampai waktu yang ditetatpkan)

insyallah..mesti jadi punya. inilah resepi ciptaan chef asma.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...