Thursday, March 31, 2011

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 1

ustaz kazim elias - bila kita ada ayah dan ibu part 2.mp4

ustaz kazim elias - bila kita ada ayah dan ibu part 1.mp4

Parsnip Mashed Potatoes

Simple Brown Gravy

How To Make Gravy, a Quick and Easy Recipe

How to Make Egg Pasta

Micronutrient-fortified home-made spinach noodles

Home made crackers

Creamy chicken Pillows

HOW TO MAKE PIZZA

How to Make Homemade Doughnuts

Wednesday, March 30, 2011

tabung tolak bala...????

cerita pagi ni yang aku terfikir pasal tabung tsunami di jepun..nak tergelak pun ada juga. mari kita join sitcom ini...(pak imam( 60), ahmad (7), che din (4)


pak imam: assalamualaikum.
ahmad & che din: waalaikum salam tok imam(nada berlagu)
pak iman: apa kamu buat ni dengan bawak tong besar ni?
che din: bala, bala, bala (geleng2 kan kepala)
pak imam: apa yang balanya? di mana?
ahmad: tong ni, tong derma tok imam?
pak iman: tong derma? kamu nak buat apa lagi ni mad, kan suaru kita dah ada kotak derma masjid tu ha..
ahmad: ni lain tok imam, ni tong derma tolak bala?
pak imam: tolak bala? ish kamu ni mad..doa tolak bala ada lah..derma tuk tolak bala tak pernah dibuat orang mad.
che din: ni mad nak buat ah tok...bala,bala,bala
tok imam: apa kena kamu ni din..
ahmad: omak kata, malaysia nak kutip 1 juta nak bagi pada rakyat jepun. pasal tsunami...pelik tak tuk?
tok imam: apa nak peliknya mad, rakyat malaysiakan pemurah. tapi kutipan tabung suaru cuma ada rm 5 je.
ahmad: tu yang omak pelik tu. bila di timpa bala, semua org nak bagi duit. nak tolong..berbilion2 orang nak tolong. tapi banjir ke sana sini kat malaysia ni, tak ada pula org kutip derma sampai sejuta.
tok iman: Allahuakhbar...Allah maha besar.
ahmad: ni kami ni nak kutip duit sebelum di timpa bala lah tok?
tok imam: ?????????????

ISTERIKU SAYANG PART 5 OF 5 USTAZ KAZIM

sms ayah...

ayah: ti, minggu ni balik melaka tak?
aku: tak kot..nape?
ayah: ada orang kl nak mai, ayah harap ko balik lah.
aku: aik..lain macam je sms ni, sape nak dtg? penting sgt ker?
ayah: bakal makcik ko le?
aku: makcik mana? bakal pd sape?
ayah: makcik ani, aweks ayah....
aku: kuikukikukiku...memang confirm tak balik ayah..buat gempak je ayah ni.
ayah: ko ni, sporting la sikit..
aku: adik-adik lain ade, nak ajak dating, ajak depa lah..
ayah: alah..
aku: hehehheheee....sorry naik lorry...

p/s: sejak arwah mak meninggal 13 tahun yang lalu. tak pernah pun kami semua halang ayah kami nak kawin lain. pilih lah sape pun. asalkan boleh senang kan hati ayah. tapi nak ajak gi dating-dating ni taubatlah...serik dah.  heheheheehehehe

macam-macam lah ko ni...

baru habis solat, tepon bunyi lak...penting sangat ke, samapi dua kali calling nyer...

leha: assalamualaikum...
aku: walaikumsalam, ha ape ke hal? (seperti biasa tabiat dah...)
leha: saje...
aku: saje-saje x payoh col lah...
leha: eh..ko ni, aku nak tanya?
aku: tanya apa?
leha : aku kena buatan orang..
aku: ha, kena di buek org, sape? eh..laki ko leh..udah mengandung ke?
leha: ko ni, hahahahaha..alah lewat sehari jer..
aku : excited ye lebih...tgu leh..lau setahun leh tunggu, tunggu je lagi. sabar eh..
leha: hahaha...ko ni...mmg btl lah aku kena buat, tp tak confirm.
aku: cececite...
leha: blah..blah..blah..
aku: ko ni byk tgk cite alam mistik,
leha: eh ko ni..
aku: hahahaha..aimi!meh ckp ngan acik ni, malas ummi nak layan.
leha: ahhaahahahhaa.......husin...husin...aimi! kak limah balik umah dah!...
aimi: enjit,enjit semut sape sakit naik atas..(umur 2tahun 6 bulan)
aku: dah hafal dah cite nyer....

ISTERIKU SAYANG PART 4 USTAZ KAZIM

ISTERIKU SAYANG PART 3 USTAZ KAZIM

ISTERIKU SAYANG PART 1 USTAZ KAZIM

Ustaz Kazim - Hubungan Suami Isteri 2/10

salahlah....wei.....

ASTRO : hello boleh saya bercakap dgn en riduan
aku : (asal pulak dia nak ckp ngan manager aku col aku pulak?) sebentar...
ASTRO : blah..blah..blah...
En riduan : weh siti dia nak ckp ngan laki hang lah wei...bukan saya.
aku : ha? dia ckp riduan lah, buka izwan...
en riduan : weh...tak de kena mengena...laki sendiri dah lupa nama ke?
aku: (tgh bz...dia ni col, aku dah blur. dah lah salah nama) awak ni lain kali sebut nama tu betul-betul boleh tak!
ASTRO : sorry ya puan, ni nak tanya, puan mahu channel mustika keR? coz ju dah pasan beyond..
aku : astro yang paksa. nak suruh orang beli sampai blok siaran..pada hal tak pernah tertunggak. hanya kerana pakai decoder lama. suka hati customer lah. saya tak  nak channel mustika.
ASTRO : suami cik kata mahu pasang.
aku: suami saya tak nak pasang.
ASTRO: x pelah nanti saya hubungi suami puan..berapa nombornya..
aku : (peliknya..sedang no akaun atas nama suami aku, dia ni mcm ner ni)..blah..blah...
ASTRO: terima kasih
aku: sama-sama
kak nisa: apa hang ni siti...
aku: kukikukikukihahahahahahahhahaha(berguling-guling).......lawaks lah en wan. sorry ya..kalau saya dekat ngan pompuan tu tadi, saya debik dia, coz salah panggil nama. sy lak tak terfikir dia salah sebut.
ni kes smlm ni, ada beberapa colling dr chinesse girl cr en wan..kukikukikuki.bergulingguling aku.....haahahahahahahhuhuhuhuhehehhhehee

Tuesday, March 29, 2011

projek paper

adush...dah berapa hari bulan ni...bab 3 jer lagi...asal tak gerak-gerak ni...uish..susahnya.lebih baik masuk dewan periksa dari buat projek paper.

serabut! semangat aku tak hilang. tapi kemalasan nak memulakan balik. idea ada tapi tak tahu mcm ner nak susun....mcm mana ni. sape nak tulun ni..tulun!tulun!tulun!...

9 MEI 2011- hari terakhir awak kena hantar projek paper awak. so macam mana?
tak tahu lah encik, tulun buatkan boleh...upahnya seketul kek lapis. hahahaha!!!.
damn!damn! bang bang boom!....awak tak nak konvo ker?
nak encik, ni second diploma sama. saya nak (ek)kat adik saya ni..boleh tak?
ada ke patut nak (ek) kat adik awak..
yelah dah dia tak nak sambung blaja, dia nak kahwin awal, dapat anak awal..
dia nak sijil nikah tak nak sijil pengiktirafan. hahahahahah
sijil nikah lagi mahal lagi katanya....
apa ke mangkuk awak ni..
saya mangkuk kuah..penuh citarasa..hahaha
menjawab-menjawab..
saya tak menjawab, saya berseloroh..
suka hati kamu lah..
kukikukikuki
(nukilan perasaan dari hati ke hati- tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup , yang mati langsunglah tak logik)

kami bergaduh

zaman muda ...kita terlalu alpha..terlalu panas. apabila rasa selalu dibuli.akhirnya rasa nak keluar dari kelompok dibuli membuatkan kita bertindak di luar kewarasan kita. akhirnya perkara baik yang kita buat akan terus terpadam...nampak kejahatan je. aku mengaku aku salah. salah kerana tersalah cerita. salah kerana tak mendengar kebenaranya yang tak cuba diceritakan, salah kerana dah tak nak maik tahu, salah kerana tak cuba memahami, salah kerana terlalu marah. maybe sampai dah terfitnah. itulah akibatnya apabila kita sudha lama menyimpan rasa bengang yang lama. so bila dah tak tahan, nilah yang berlaku. meletup api kemarahan...tu lah bahananya!!!!...sukalah si setan, dah dapat menghasut. cis!!!!

saya tak hairan org nak kata apa. bermuka-muka ke apa ker. ada ketikanya bila aku duduk dlm keadaan tenang dan mencari mana silapnya. kalau org itu tak mengaku, tak mengapa. aku sendiri dengan rasa rendah diri memohon kemaafan. walaupun secara terbuka. walaupun ketika itu, org dah henyak-henyak maruah aku.
aku tak peduli pandangan mereka. biarlah nak pandang celah mana pun, nak kata belah mana pun. yang aku tahu aku ikhlas, dan memohon biar Allah beri aku kekuatan untuk memulakanya dan aku mohon biar org itu terbuka hati untuk menerima kemaafan ku. tapi dia tak mahu terima...nak buat macam mana. diam lebih baik..sebelum aku keluar ayat2 pedas.

aku tak mahu cerita apa yang berlaku. coz maybe akan membuka aib lagi. cuma penyataan di sini. apabila kita selalu buat org, cakap sesuka hati tak fikir perasaan org. lukakan hati orang. akhirnya apabila terkena diri sendiri. kita tak boleh terima. itulah hakikatnya. kadang kala kita kena fikir juga, kenapa kawan kita marah sampai begitu sekali sedangkan dulu dia tak macam tu. ermm...kadang kala salah sendiri kita tak nampak , salah orang lain sahaja.

apa pun aku sentiasa memaafkan dia. sama ada dia nak berkawan atau tidak. aku tak usaha ke arah itu. cuma sedih tu tetap ada. aku doakan semoga dia bahagia dengan hidup dia sekarang, semoga dia mendapat apa yang dia hendak selama ni. amin...

p/s: terlalu lama berada di atas. apabila berada dibawah, perumpamaannya sepert mati lebih baik dari hidup. tapi sedar kah kita, hidup ni ujian. bukan atas kertas, tapi atas kehidupan kita.

kawan...........

hari ini aku mendapat berita kawan aku dha bersalin.dari jauh aku ucapkan selamat dan tahniah. tapi dia memang tak balas apa2 pun statement dari aku. sejak puasa bulan lepas, kes kuih raya.

sebenarnya laki aku tak bagi dia join bisnes aku, psl dia tahu aku belum bersedia nak fokus menjual2 ni. so dia takut kemudian hari bergaduh pasla bisnes. lagipun katanya, kawan aku ni mak dia dah ada bisnes pengantin dan katering, so dah ada bisnes kat situ.

aku diam jelah..bila aku beritahu dia, so dia sudah hangin. aku sedih hilang kawan. tapi aku harap dia faham. tapi mungkin bukan sekarang dia dapat memahami. waktu ni dia rasa semua org tak bagi sokongan pada dia. serba salah dibuatnya..ni kawan ni suami. agaknya siapa yang harus kita beratkan. rela dalam paksa sebenarnya....so biarlah org benci kita, Allah maha tahu...

aku pun terkapai-kapai sekarang ni, bisnes bukan besar, kelompok kecil jer. semua buat sendiri tanpa sokongan juga. so, diri sendiri kena sokong sendiri. hehehe....

tapi momment bersama tu buat aku sedih jugalah..tak pelah dah bahagian aku. nak buat cm ner.
aku doakan dia maju jaya dna bahagia disamping suami, anak-anak dan family dia.

apam pisang

harap kan rupa saja lawa. tapi rasa tak menjadi. apa kenalah aku ni. nasib baik tak hantar ke kedai lagi. hehehe

apa kamu buat ni, kelat, melekat...pastu soda bicarbonat kamu tak hancur. geram betul aku dengan diri sendiri. mcm tak biasa buat kuih. hehehehehehe.

kena kaji semula apa yang tak kena dengan resepi ini. atau pun apa tak kena dengan adunan aku ni. pisang ni ker? soda ni dah rosak ker.. adush..geram tau...

lau jadi ni, memang sedap tau. gebu kuih aku ni. kemudianlah aku upload gambo. hehehehe

kagumnya....

semalam, boring punya pasal gilah menjengah ke teratak blogger lain. tabik spring toing!toing!toing....

1) ada tu setiap hari update - memang banyak masa, byk idea atau x ada kije lain (hehehe...sori eh)
2) ada tu masak, masak, masak, ....wo wee...bestnya duk serumah ngan mereka. rasa hari-hari makan kat restoren. memang pakar. itu namanya bakat yg Allah bagi. syukur alhamdulillah.
3) buat itu buat ini, jual itu jual ini.... - masyuk! masyuk!...mcm2 dah dia org promote bisnes dia org. kagum betul bakat , ke detailan dia org. alhamdulillah...maybe tu rezeki dia org. maybe rezeki kita kat lain.
4) spontan, kelakar...walaupun bahasa ringkas, tapi byk betul celoteh dia org yang buat kita baca, baca & baca.
5) motivasi, family, kejayaan, inspirasi....saya suka kamu professor muhaya! tersemangat, tercuba, terlekat di hati...semoga saya juga akan menjadi golongan yang baik-baik mcm gini. amin...

itulah alkisahnya....

drama

semalam dalam perjalanan dr opis ke rumah pengasuh. tetiba dapat tengok drama kehidupan. heheheh...
aku nampak ada perempuan ni berlari-lari. rupanya dia dapatkan sorang mamat ni, maybe suami atau bf lah. dia tarik tangan mamat ni, pujuk mamat ni. pastu tak jauh dari situ ada unser warna biru.

oh...dia ngah pujuk mamat ni lah. dia gaduh kot. hahahaha..ni namanya penyibuk. aku malas nak layan. kang jadi lain. so terus jelah drive.....

tapi aku rasa, kasih sayang yang ada pada wanita itu buat dia kejar laki tu. lau kasih sayang ada pada lelaki tu dia tak kan tinggalkan kereta dan blah mcm tu jer... so fikirkan sejenak yer...

opps! dah terlebih sudah...

punyalah minat, sampai lupa diri. sampai lupa dah nak simpan duit. habis dha duit ke sana ke mari membawa apron. ke sana ke mari beli aset barang dapur. hehehhehee....

minat..minat nak buat cam ner. giler betullah, lau tgk kelas kak jun, kelas myhadiah, kelas chef zam, kelas chef amer, kelas chef asma. geram tau. habis tu nak buat cm ner. ....minta-minat akhirnya diri terjerat. hahaahahhaa

last aku pun amik keputusan sementara hutang bertimbung (chewah...) bergurulah dulu dengan pakar2 di yuoutube. ada yg menjadi ada yg tidak. mana tau satu hari nanti boleh buka kelas. hahahahaha..perasan!

apa pun good luck ok!..ilmu kalau di cari dengan cara yg baik. akan jadi manfaat. kalau cari dengan cara tak baik akan jadi subahat ( x elok). tu yang yang cari rezeki masuk neraka. ....isu itu kita kupas kemudian. baru tgk halaqah baru-baru ni.

Monday, March 28, 2011

geramnya aku....dia yang bernama Fareeda Salem ni...

erm...mendapat email dari penjengah blog aku. berkaitan fareeda salem ni. hati menjadi panas lah. macam mana nak tangkap dia ni ek. coz rasanya ni nama samaran dia, dalam pic tu pun rasanya bukan dia. tapi entahlah...semakin berleluasa dia sekarang ni. ...tak cukup duit yang ada sekarang ni.

pada mereka yang dapat email dari dia, berhati-hatilah.

menjengah ke blog ...

semalam, time lunch...perut berbunyi2. yelah sambung berpuasa lagi. so sebelum mata aku ni mengantuk, terasa nak layan blog orang lain. so aku pun menjengah ke blog izah muffin lover dahulu. tgk resepi muffin dan coretan izah. bila dah dapat resepi yang teringin nak cuba tu, so menjenguk ke blog dalam izah punya blog. melawat ke easy bakes...wow weee...dia ni mmg pandai amik gambo. so apa saja yang dibuatnya nampak sungguh menyelerakan. apa lagi. cuba-cuba cedok resepi nak try buat ni. kemudian beralihlah kepada hasue dan homekreation punya blog. kemudian ke bisous atai....kak rima ni kahwin dengan mat salleh. anak dia comel. hasil tangan dia terutama kek lapis. adush..meleleh air liur. waduh...mcm mana ini. ...terpaksa lah salin respei. buatnya tak tahu bila. hhehhee....dalam banyak2 blog ni, aku dah x sure, yg mana satu aku jumpa resepi roti goreng ni. tapi semalam try..memang best. buka puasa semalam rasa puas dapat makan, sesuatu yang mengikut anak tekak ni ha.. hhehhe..

nanti lau di kesempatan lain saya upload gambar dan resepi roti goreng tu. yummyy!!!!

Monday, March 21, 2011

rezeki

alhamdulillah... rezeki bertambah murah. kuih talam, kuih bakar dan kek lapis sering di tempah orang. terima kasih pada semua yang menyokong.

isu 3

baru-baru di Hot Fm ada buka isu curang. isu isteri yang frust dengan suami + ada bf dengan suami orang.
apa perasaan anda semua para pendengar.?

mungkin inilah komen aku, satu peringatan kepada semua wanita dan diri aku sendiri. hidup ini adalah ujian dari Allah. filem sedang diputarkan...kita tak tahu dosa kita dengan Allah berapa banyak, dengan mak pak lagi, sahabat andai, orang lain lagi. belum lagi bertaubat. di tambah satu lagi dosa kita. hubungan 3 segi..CURANG!. ini namanya nusyuz.ini namanya godaan dunia.

tidak ada manusia tidak di uji. jika kita melihat seseorang itu amat bahagia, kaya raya. sebenarnya dia sedang di uji Allah dengan kebahagian dan harta benda itu. mungkin ujiannya, org itu akan lalai dengan hartanya, dengan keluarganya. ke sana ke mari bercuti, ke sana ke mari berbelanja. belum pernah kita tengok orang yang kaya raya, buka sekolah tahfiz, buka rumah bantuan orang miskin. belum ada. sekadar menghulurkan derma. alhamdulillah. ulur juga, tapi ada yang tak ulur juga. so itulah ujianya.

maybe ujian kita dapat suami yang tak romantik. orang balik kerja memang penat. serupa kita bila dha penat orang membebel, tanya itu ini, penat tak. mesti penat. sebab itu bila penat kita kena minum air. bila minum lega anak tekak...nak dengar suasana yang tenang dan kemas. ni bila balik, membebel, rumah bersepah, memang lah.

lagi satu kena selalu komunikasi. kena slaing berteloransi. bila sama-sama kerja kena sama-sama buat. tapi kalau suami bukan jenis ringan tangan. sabar..banyak istigifar. bila kita sabar..anak yang melihat juga akan bersabar. jika kita melawan dan bergaduh, anak juga akan melawan dan bergaduh. jangan cari alasan di luar. bercerita ni, tak salah. dan berkawan dengan lelaki tak salah. tapi bila dah terlalu rapat, mmg akan ada isu sayang yang timbul. coz terdetik, caringnya dia. napelah aku bukan dengan dia dulu.
tapi...mmg Allah itu maha adil, jodoh kita adalah cerminan kita. so, pandang dan ubah diri sendiri baru ubahkan orang lain.

coz ubahkan orang lain memang susah. tapi lagi susah nak ubah perangai sendiri.

Monday, March 14, 2011

hilangkan kerak di dalam kuali.

1. masukkan cuka di dalam kuali + air.
2. rebus diatas api. kacau perlahan-lahan.
3. lama kelamaan kerak tersebut akan tertanggal.
4. pakai petua ini untuk kuali yang baru dibeli. insyallah makanan yang digoreng tidak akan melekat.

tips hilangkan kerak di dalam periuk

kalau ada kerak nasi yang hangit-hangit tu. susah nak beruskan.

1. bubuh air + dengan kulit kentang. rebus atas api.
2. insyallah senanglah tertanggal semua kerak-kerak tersebut.

Wednesday, March 9, 2011

tips nak coeslow tahan lama dalam peti sejuk

1. sebelum hendak membuat coesaw. bahan-bahanya hendaklah di rendam di dalam air cuka,garam dan gula ikut citarasa anda.

2. simpan semua bahan di dalam peti sejuk.

3. apabila mahu makan atau menggunakannya. tapis bahan tadi dan campurkan dengan mayonis,

4. bahan yg sudah di campurkan dengan mayonis hanya tahan beberapa hari.

5. lebihan bahan yg direndam tadi, jika ada lebih sebelum dicampurkan dengan mayonis. hendaklah dibuat semula proses yang pertama.

tips memasak kari

1. bawang,halia hendaklah dihiris halus. apabila hendak menumis pastikan minyak panas, api diperlahankan. masukkan semua bahan penumis dan juga daun kari. sehingga naik bau masukkan cili jika hendak pedas.

2.kemudian masukkan serbuk kari yg sudah dicampur air. tumis sehingga pecah minyak.sentiasa dikacau kerana takut hangit.

3.apbila kelihatan minyak sudah naik ke atas bahan rempah, masukkan santan.

4. kacau perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan bahan basah, ikan,ayam atau daging. masak sehingga pecah minyak.kemudian baru masukkan garam & gula.

tips memasak bingka cth: bingka ubi, tepung beras

1. campurkan semua adunan.kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.

2. kacau sehingga pekat.

3. kemudian angkat periuk dan senggetkan ke hadapan. apabila bahan dalam periuk tidak melekat dengan periuk atau kuali dan mengikut satu gumpalan. maksudnya sudah masak.

4. tutup api dan masukkan ke dalam loyang yang sudha disapu dengan minyak.

5. bakar selama 1 jam 20 minit. atau mengikut kesesuaian oven. atas api bawah.

kebosanan melanda....

ermmm...kerja semakin kurang di pejabat sekarang ini. sangat-sangat bosan. dah tak tahu nak buat mcm mana ni...adush...

Tuesday, March 8, 2011

tips nak buat kuih-kuih talam

1. selepas mencampurkan semua bahan hendahlah ditapis. kemudian masak dengan api yang perlahan. kacau dengan whisk dan sesekali sendukkan ditepi-tepi periuk. apabila sudah ada gentelan tepung. tutup api dan kacau sehingga sebati dengan wish. kacau perlahan. tak nak tepung berbuih.

2. buka api semua dan kacau perlahan sehingga kelihatan buih-buih POP tepung tu meletup. tutup api dan kacau tepung dan kemudian tuang dalam loyang. ketuk-ketuk tepung yang bergentel dengan sudu. kemudian tarik secara membulat menggunakan belakang sudu.

3. biasanya lapisan bawah dimasak 20 minit. lapisan atas di masak 30 minit. hendaklah dilap tudung setiap 5 minit sehingga masak. air hendaklah betul-betul panas.

result keluar dah

yahooo!!!!! result ms sanju dah keluar. another A. suka-suka amat suka. syukur alhamdulillah. harap-harap kali ni dapatlah best student. geram giler...nak dapat title tu.....

Monday, March 7, 2011

keadaan sekarang.....

aku.siapa aku? ermmm....sukar untuk menafsirkan orang macam mana aku ini. ermm...tapi aku bersyukur yang aku mempunyai keluarga yang ramai, sayang menyayangi, ada anak dan suami. dugaan memang sukar nak diceritakan. perit jerih yang dilalui hampir menjadi salah seorang pesakit jiwa. tapi alhamdulillah sifat selalu muhasabah diri, selalu sedar akan sekeliling, selalu menerima kasihat orang dan juga berfikir dan terus berfikir mencari punca masalah. akhirnya ini lah, inilah yang aku ada. dan aku hargai.

terima kasih pada yang ESA kerna mengurniakan saya anak. memberi saya peluang tuk merasai nikmat menjadi seorang ibu. terima kasih kerana memberi saya suami yang penyayang, panas baran dan suka mengarah-ngarah. dan terima kasih kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk bertahan menjadi isteri kepadanya. saya menerima dengan reda. taat padamu dan taat padanya juga. walaupun sedikit sakit kepala tetapi saya bersyukur kerana tidak ada rasa kekurangan dari semua segi. alhamdulillah...amin

projek paper

adush..masa terus berlalu hari demi hari. aku masih belum memulakan membuta projek paper. dapat ke tak aku konvo bulan julai ni. berdebar-debar rasanya. semangat tu hilang bila berakhirnya kelas. rasanya bersemangat bila pergi kelas. ermm...pas tu sibuk pula ke kelas masak memasak. so bila nak siap ni...dan yang penting bila nak start ni.

Friday, March 4, 2011

sendikit menipu melalui email dan pemberian hadiah mewah dengan diplomatic parcel.

dah lama tak menulis di laman blog ni. baru-baru ni aku sangat excited berjumpa dengan seorang kawan melalui email. namanya Fareeda salem. warga britain, melihat pada fotonya. nampak mcm orang baik-baik. dekat sebulan kami bersembang melalui email. tapi semakin byk email yg dihantar semakin rasa mcm ada sesuatu yang tak kena. waktu aku dah rasa terdetik mcm ada penipuan. tapi just laya je dulu. hingga lah satu hari, dia menghantar email dengan menyatakan ada kiriman barang untuk aku. dia memberi hadiah tanda persahabatan. tetapi yang menjadikan aku hairan dan cuak adalah barang-barang yang dinyatakannya termasuk duit dalam ratusan pound. apa yang dia cuba lakukan ni.

so aku pun bercerita sana sini untuk dapatkan pandangan kawan-kawan. di dada akhbar pun byk yng bercerita sendikit parcel ni.

so mmg licik dia orang ni. dia suruh kita track parcel tu, siap bagi nombor track. tapi masalahnya no contact courier tu tidak ada. so macam mana nak track.ermm....so just tunggu sajalah. so dua hari lepas tu, Fareeda Salem tu col dari london. tapi waktu tu sibuk so aku tak boleh layan dah. tapi dari suara dia, aku dah tahu dia bukan orang britain dan ton suara tu bukan wanita berumur 30 an. aku dah jadi down sangat-sangat. aku nak berkawan. tapi akhirnya jadi penganiayaan. so sad, aku rasa wanita di dalam gambo yang diberi itu semestinya orang lain.

dekat seminggu aku cuba lupakan kes ni. aku tak track pun parcel itu. itu pun atas nasihat kawan asp aku. thanks alin. hehehe..ramai betul yang ambil berat pasal ini. tetiba pula, ada orang kononya dari malaysian security apa jadah ntah..dan yang musykilnya dia pakai handphone number..014...nama shariza. so dia kata try banyak kali call aku. tapi tak dapat-dapat. mmg kes menipu. katanya parcel tu dah lama tersadai dengan dia org. yg aku pelik courier bukan terus hantar ke ke tempat mengikut pada resit. kelakar bukan.so dia kata nak confirmkan address dan nama. apa kejadahnya....memang nama, alamat dah terang-terang dekat resit parcel yang dihantar dekat email tu. hahahah....trick yang kedua pulak. so dan confirm, dia kata kena bayar duti admin pasal tu diplomatik parcel. bayarannya rm 4250.00 so aku jawap balik. kalau saya tak nak ambil mcm mana?

so dia jawab, lau tak nak ambil dia akan tanya sender. so aku pun jawab, better you tanya sender, coz barang tu bukan barang i, dia yang nak bagi. so dia jelah yang uruskan semua itu. hantar balik ke apa ke. who cares...aku dah tak peduli. jangan ingat boleh tipu dan aniaya orang mcm aku. ssh lah. maybe senang pada mulanya. .
maybe ni semua dugaan. mungkin ada hikmah/ tak berhenti aku berdoa agar aku dilindungi Allah. jauhkanlah dari sebarang masalah besar mahupun perkara -perkara yang boleh memudaratkan. Amin..Allah maha mendengar dan Maha melindungi.

pengajaran : bukan salah mempercayai orang lain. tapi kita kena peka dengan persekitaran, kena percaya juga gerak hati kita. bila kita rasa sesuatu yang tidak baik. maka cari lah jalan keluar dengan cara yang baik. mohon pada Allah untuk beri petunjuk jika baik maka permudahkanlah, jika tidak berilah petunjuk dan jauhkanlah.  sentiasa bercerita dengan kawan-kawan mahupun keluarga. jangan melakukan benda-benda baru sendirian. coz jika berlaku sesuatu ke atas kita sekurang-kurangnya ada orang yang boleh bagi guide pada kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...