Monday, April 25, 2011

petua buat kek lapis - dari blog resepi masakan melayu

. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi. Apabila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak. Sekiranya ditinggalkan, hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega di antara satu lapis dan lapis yang lain. Ini akan membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu, sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak cantik dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti apbila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya kreativiti, kek akan menjadi cantik dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

ada org offer jadi share partner?

alhamdulillah..mungkin ni rezeki aku. syukur pada Allah. ada org nak buka kedai roti  & kek. dah tawarkan aku jadi share partner. tak payah keluar modal. dia keluarkan semua. aku just produce barang, monitor dan juga kawal manpower. ermm...tapi sayang nak letak jawatan skrg ni. cm ner?huwahhh! semalaman nak tido pun susah nak fikirkan hal ini. pada mulanya excited. kemudian dah rasa macam, boleh ker?

banyak skill yang belum ditempuh..adush...rasa kena tumbuk jer dgn tawaran ini. lau aku ni dlm kategori pro..mau tak fikir dua tiga kalikan. ni baru setahun....ermmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...