Tuesday, November 23, 2010

MAT GEBU

ermm..hari ini dalam metro keluar articel dari mat gebu. memang di akui lah mat gebu ni famous blognya. banyak resepinya boleh digunapakai dan menjadi. memang berteima kasihlah kepada tuan hamba "mat gebu". kadang-kadang tertanya juga, siapa lah mat gebu ni. macam mana rupanya. dia ni chef ke apa? tapi presentation setiap makanannya memang nak terpresentlah. bukan macam aku asal boleh sahaja. hehehe..asal boleh makan.

dalam articel tersebut, mat gebu tunjukan cara membuat pastry. musim pastry agaknya. tapi rupanya bukan susah nak buat pastry ni. kalau tidak percaya attendlah kelas chef asma. wah..promote ni. so far memang mudah chef asma ajar. kemudian berbaloi dengan harga yang dibayar. walaupun muka chef asma nampak garang. tapi sebenarnya dia ok. hehehehe ..i like....

apa pun selamat maju jaya kepada mat gebu. dan saya akan sentiasa menjadi peminat blog anda selamanya. walaupun saya tidak dikenali. hehehehe(what ever). tapi dunia makanan ni memang best. memang seni. ermmm.....

vadee

deh..deh..deh..., duk punya cite ngan sepupu hubby aku yang dari kelate tu pasal kuih vadee ni. tapi dia masih tidak boleh imagine macam mana rupa kuih vadee ni. pada aku kuih ni sepatutnya semua lapisan masyarakat akan tahu. hehhe..kelakarkan. so nak la tunjuk dekat dia . so aku pun buat lah.. pada hal tidak lah terror pun . aku main agak-agak jer bahan-bahanya. alhamdulillah menjadi. ramai pulak puji sedap. hahahahaa..so nak share lah resepinya. mana tahu ada suami , bapak mentua yanga suka. boleh lah mecubanya...

resepinya :
kacang dhal ikut sukalah nak banyak mana. tapi saya buat 300gm
air panas
6 helai daun kari
2 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
sedikit jintan manis dan jintan putih
sedikit garam
sedikit gula pasir

cara membuatnya.
1. rendam kacang dhal di dalam air panas selama 1 jam
2. selepas itu, mesin kacang dhal tersebut sehingga hancur. jangan bubuh air banyak sangat yer. agak-agaklah.
3. bawang merah yang kecil dibahagi kepada 4 kemudian dihiris. cili kering dan daun kari di potong kecil-kecil ikut sukalah.
4. kemudian gaulkan smeua bahan tadi di dalam kacang dhal yang sudah hancur.
5. panaskan kemudian kepalkan dan penyekkan di tapak tangan. dan goreng. kalau tercair sedikit masih tidak mengapa. sudukan dan goreng. so boleh jadi cekodok vadee. saya lebih suka yang lembut. rasanya sedap juga.

selamat mencuba...

APAM SIAM

ERMM....semalam terasa nak membuat apam. aku ni kalau dalam keadaan tertekan, banyak berfikir atau tension. mula lah nak buat sesuatu di dapur. kununnya inilah caranya aku melepaskan tension dan mencari ketenangan. hehehehehhe....just try buat. tak tahulah apa sebenarnya rupa apam ni. coz mmg tak pernah buat dan tak pernah dengar sebelum ni. ni pun pasal chef asma ada bagi resepi yg nak kena try ni. so inilah rupa yg saya buat. teksturnya bukan macam apam eno. agak padat sikit. apa pun thanks chef...
rasanya biasa jerr...tapi layanlah makannya. maybe next time buat. nak tambah yourgat sikit ..apa agaknya rasanyer kan.

resepinya :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor (saya pakai gula icing, psl x nak manis sgt)
7 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu ovellate

cara membuatnya:
1. pukul telur sampai kembang. mcm buat kuih bahulu tu.
2. selepas tu campurkalah dengan bahan lain. sampai sebati.
3. kemudian bahagikanlah kepada beberapa bahagian dan mengikut warna yang disukai.
4. kemudian masak atas dapur. kukus tu panaskan dulu ya. kukus selama 1 jam (jangan buka penutupnya sampai waktu yang ditetatpkan)

insyallah..mesti jadi punya. inilah resepi ciptaan chef asma.

Gumpaste baby shoes tutorial

hermes birkin bag fondant tutorial

How to make a purse cake

making fondant roses part 2

Chocolate Cake and Chocolate Buttercream

Cleopatra Stratan - Zunea Zunea - Romanian Video Romania Videoclip

Cleopatra Stratan - Noapte Buna (Original Version)

Lagu budak yg paling best ( Cleopatra stran )

Dia Fadila - Jat Da Da Da LYRIC/DOWNLOAD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...