Wednesday, April 6, 2011

LAIKA MAYA- episod 1

Pagi ini, kelihatan maya muram dan membisu seribu bahasa. mungkin ada sesuatu yang menggangu perasaan dia. apa agaknya ye? dari jauh kedengaran bacaan ayat-ayat al-quran berkumandang dari PC Maya. hendak di tanya rasa macam tak patut menyibuk. tapi entah kenapa, hati sebagai seorang teman teringin sangat nak tahu. lalu dengan perasaan berdebar-debar aku menjenguk Maya.
maya, nape kau? aku bertanya.
tak ada apa? Maya menjawab.
ye ke, asal lain macam je kau pagi ni, sakit ke? aku terus bertanya. kerana sifat menyibuk memang ada dalam personaliti aku. kata orang putih busy body.
tak ada apa, aku sihat je. Maya masih tetap dengan jawapannya. tapi aku macam tak puas hati. tapi ingin di tanya lagi rasanya mahu hinggap penampar pak Jamal kat muka aku. maksudnya..kuat sama dengan tenaga lelaki. aku cuma mampu mengeluh jelah.
tak pe lah kalau macam tu. aku menjawab dengan perasaan tidak puas hati. kaki aku punya lah payah untuk melangkah kerana merasakan ada sesuatu yang kurang bila tidak mendapat kepastian.
Zai. Maya memanggil lembut.
ya. aku menjawap. kau nak cerita ya? aku tersenggeh macam kerang busuk.
boleh aku pinjam novel yang kau beli minggu lepas tu? Maya bertanya.
oo...boleh je. tapi kena pulangkan nanti ya. aku terkedu sebentar. aku tak bermaksud apa-apa. cuma aku sangat sayangkan semua novel-novel aku. kalau nak bagi prang pinjam, aku tak kedekut. tapi kalau boleh faham-faham lah nak pulangkan lepas dah pinjam.itu saja maksud aku.
ya. Maya menjawab.
err....aku tak maksud. cuma ada orang lain yang tak pulangkan semula. kau jangan salah sangka ya. aku terangkan panjang lebar.
psst..psst...zai. aku tercari suara cencorot yang memanggil nama aku.
ohh kau, nape? aku bertanya kepada Sufian yang berada tidak berapa jauh dari tempat aku berdiri.
bos cari kau. Sufian menjawap.
Allah ,...matilah aku. aku belum susun lagi dokumen yang dia nak tadi. aku berlari anak ke meja aku. dengan sepantas kilat, aku menyusun semua dokumen ke dalam satu fail. kemudian aku menyemak satu persatu mengikut susunan. takut-takut tersilap, aku juga yang kena nanti.
tulah kau asyik berborak jer. kerja tak nak buat. Sufian menyindir.
kau nak kena penumbuk ke, nak kena siku dengan aku? aku membalas sindiran Sufian.
dua-dua aku tak nak. nak cium boleh? Sufian mengusik lagi.
woit...ni dah kira gangguan seksual ni. kau nak aku mengadu dekat en Zaki ke? Aku meninggikan suara sedikit.
woit...kau ni bergurau pun tak boleh. Sufian menunjukkan muka bengang.
tahu takut...aku menyindir lagi.
kau ni, bila marah makin manis tau. dengan jelingan mata kau tu. so sweet. Sufian menunjukan perangai gatalnya.
kau ni memang lebihkan.jangan nak berdrama kat sini boleh tak. aku tengah sibuk ni. aku membebel.
kau ni bila aku bergurau sikit, kau mesti nak marah-marah. pada hal kau suka aku kan? Sufian mengusik lagi. ayatnya itu membuatkan hati aku bertambah sakit. benci pun ada.
eiii...perasan!bila masa entah aku sukakan kau. aku membuat muka.
benci-benci tandanya sayang. Sufian masih tidak puas hati.
dahlah pian, aku nak jumpa en Zaki. aku sempat mengejek Sufian.
jumpa tak pe, jangan bercinta tau? Sufian sempat mengusik lagi. aku tak pasti ayat itu nak memalukan aku atau saja nak mengusik.
tuk!tuk!tuk!..
masuk. suara garau en Zaki.
maaf en Zaki, lambat bagi dokumennya. aku dengan rasa serba salah meletakkan fail di atas meja.
semua dah lengkap ke? en Zaki bertanya.
insyallah semuanya ada. saya dan periksa tadi. kalau en zaki tak percaya boleh semak dulu ya. aku bercakap panjang lebar.
ok. kalau saya perlukan apa-apa saya akan panggil awak semula. en Zaki masih menyemak sehelai demi sehelai dokumen yang aku beri tadi. aku tahu orangnya terperinci. kadang kala berdebar dengan orang sebegini, boleh dikatakan kuat makan kertas. aku cuba mengawal otak aku mengeluarkan pelbagai andaian dek kerana pemerhatian ku pada setiap hari pada en Zaki.
Zai. en Zaki menahan langkah ku. terkedu sebentar.
ya encik. aku menjawab dengan penuh sopan.
lunch hari ni awak makan di mana? en zaki bertanya.
lunch? saya? tertelan air liur dengan soalan cepumas ini.
kenapa, encik nak kirim ke? aku bertanya lagi.
tak saya nak follow. en zaki menjawab selamba.
follow! hampir nak menjerit aku di buatnya.
kenapa, tak boleh ker? en zaki bertanya lagi.
aku dalam keadaan tergagap-gagap dan mengelabah. eh, boleh encik. saya makan dekat warung depan tu je. aku menjawab dengan jujur.
oh, ok. saya join ya. en zaki menjawab tanpa ada rasa segan silu.
join? tapi kenape? bukan ke, en zaki selalu makan dengan bos-bos besar ke? secara jujur dan lurus bendul aku bertanya.
awak ni, awak patut bangga makan dengan pengurus tau. kalau tak sudi tak apa. en zaki menyindir.
bangga? oh..kena bangga ya. suka hati encik lah. saya tak kisah. aku masih di dalam keadaan khayalan dan penuh tanda persoalan.
ok.nanti tunggu saya tau. en Zaki menjawab dengan nada penuh gembira. tapi aku juga yang masih terpingga-pingga dengan situasi tadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...