Friday, April 1, 2011

ayah & ibu.....

kalau dengar lagu  ayah dan ibu dari arwah sudirman. mesti rasa sebak. inikan pula dgr ceramah dari ustaz kazim pasal ayah dan ibu. menitik air mata. huhuhuhuhu....

arwah mak dah tiada 13 tahun yang lalu. sakit kanser otak. Ya, Allah..waktu dulu aku ni daif dan naif. banyak salah aku pada mak. walaupun aku jaga mak waktu sakit. tapi banyak helah di hati ni, psl nak rasa seronoknya berjumpa kawan itu lebih lagi. nak pergi sekolah itu lebih lagi, nak keluar ke sana sini itu lebih lagi. kalau ingat-ingat sedihlah...

minta maaf berkali-kali, dimaafkan berkali kali. tapi degil dan terus degil. sekarang menyesal tak berguna. pasal mak dah tak ada. daif dan naif nya...daif dan naifnya..daif dan naifnya serba serbi. bukanya dari segi harta, duit. tapi segi moralnya..

bila mak dha tak ada, hati ni nak berkerja, nak sambung blaja lebih dari segala-galanya. tapi fikir juga untuk adik-adik yg masih sekolah. tapi daif dan naif lagi...

ayah pula terumbang ambing. adik-adik lagilah...

jadi, hati ni benci ke ayah..bawa diri ke kota. mencari rezeki. semua urus sendiri. hidup sendiri. berdikari. pasal daif dan naif. tapi  bersyukur...pasal. daif dan naif aku ini tak jauh sesatnya. aku masih di beri akal fikiran yang waras. boleh berfikir.

lahir kasihan..kasih... sebab, yang bawa tengok yang atas. salah atas, salah yg bawah. kalau betul yang atas, bawah pun betul. (MENTOR)!

saya jaga ayah sekarang ini. saya yg urus majlis kahwin adik-adik. gaduh-gaduh juga. tapi berbaik semula. ujian. ini ujian yang Allh bagi. Alhamdulillah..walaupun tak hidup senang. tapi kami elok saja. mungkin setengah orang ada yg rasa tak suka mak bapak dia, di hantar ke rumah orang tua-tua. kami tidak begitu. salah bagai mana pun ayah pada kami dan arwah mak. aku pegang..janji Allah taala. apa hak kami tuk menghukum. sedangkan mereka yang lahirkan kami ke dunia ni. amanah mereka membesarkan kami. amanah kami membela mereka pula. jika ada amanah mereka yang kurang. biar kita buat lebih baik dari itu.

bila kita sayang ayah dan ibu kita, mesti kita akan buat yg sama pd makpak mertua kita. bukan nak jadi menantu kesayangan. tapi...mereka juga ibarat mak pak kita. jaga mereka. kalau ada yang makpak mertua tak suka. sabar bebanyak. kita tak pasti apa yang Allah nak uji.

p/s: kalau masih ada. ambil perhatian dan sayangi mereka. sok lau dah tak ada, jangan ingat sakit pening kita ada orang nak bela. Allah bayar cash pada mereka yang luka kan hati mak pak mereka. kalau tak hari ini, esok, lau tak esok lusa, lau tak lusa tulat. tapi tak banyak sipis pun mesti terkena. tapi tinggalkan kesan mendalam. saya dah rasa so renung-renungkan...

ada saman lah pulak...

walid :mi, cuba awak ingat 30 nov 2010. awak ada guna kete saya tak?
aku: nape?
walid: ada saman ni.
aku: ape? waduhh....biaq betul. nanti ah org check.

di bilik manager account...
encik boleh tulun tak? nak check payment voucer fail. nak check kalau ada claims sy tuk bulan nov 2010.

aku : alamak..nam jahanam...ada lah pulak. mcm ner ni? hancur musnah aharapan ...
aku: walid, ada ah..
walid: gi mana?
aku: putrajaya, yg sesat sampai ke puchong tu?
walid: balik bagi rm 150.00
aku : walid, jgn ah..ni nak gi kelas kak june ni...
walid: buat salah kan..tanggung eh. asyik nak sy cover mcm ner...
aku: hehehehe..biasa ah...sy cover dengan sorry jelah.
walid: nanti balik ceccite eh...
aku: diskaun jelah...

p/s: tulah...lain kali ingat sikit eh. walaupun bwk kereta yg boleh drift sampai 200km..tapi jalan kat malaysa ni paling laju boleh bawa 80-110km sahaja mengikut kawasan. so apa motif bawak kereta import masuk malaysia. baik pakai kereta buatan malaysia jer.....ishh.ish..ish... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...