Thursday, December 29, 2011

dah lama x update

assalam...
dah lama x update blog ni. bukan apa masa yg terlalu sibuk dgn mcm2 urusan. insyallah...maybe dia suatu masa saya akan terus update..

Wednesday, November 30, 2011

islam itu indah - radio ikim

selalu tak anda mengikuti rancangan di radio ikim? terutama pada hari rabu pukul 10.00 pagi. segmen bersama prof muhaya. saya amat suka mendengar suaranya yg lunak apabila berkata. kata-katanya terkesan di hati saya. kadang kala sy terfikir adakalanya prof terbudget bagus juga...tapi apabila dia menarik kata2nya saya rasa kita manusia ni mmg dilahirkan semulajadi lemah. tidak ada siapa pun yg kuat melainkan Allah.

nak share salah satu isu yg diketengahkan ialah 4 kematangan :

1. fizikal - orang yng lebih cenderung kepada fizikal, rupa, sentiasa nak tgk buku2 fesyen , benda-benda yg menarik ini, di kategorikan org di kelas yg bawah.
2. pahlawan - yang sentiasa stress, sentiasa berebut-rebut bersaing mencari harta dunia, pangkat, darjat, gelaran.
3. orang yg dermawan - orang yang sibuk memberi, yang tahu hala tuju hidupnya.
4. orang yang sangat berkira-kira - dia sentiasa nampak dirinya di dalam setiap orang, di bibirnya sentiasa memuji nama Allah, bila nampak benda orang ni baik, sentiasa ckp subahanAllah alangkah baiknya jika saya boleh jadi baik mcm dia...sentiasa mengigat mati.(kelas yang terbaik)

bila saya dengar perkara ini, hati saya terkedu seketika, terfikir di mana saya berada skrg ini? ada beberapa lagi slot-slot yang prof bagi, membuatkan sy banyak termenung memikirkan di mana saya berada skrg? di mana saya harus memulakan perkara ini? siapa saya ini di mata Allah? mmg banyak yg mengauditkan diri saya ini. saya tak pernah lepaskan peluang mendengar siaran ini setiap minggu. kadang kala sanggup mengulang dengar di dalam laman web ikim. sayu , sebak semua nya ada....

laman web yg menarik- tip technique.

assalam...

dah lama saya x menulis di blog saya ni. dek kerana sibuk dgn kerja dan juga dek sibuk dengan bisnes di kedai. masih belum dapat menguruskan masa dan kewangan dengan sebaiknya dlm tempoh sebulan ni. tapi hari ini saya nak share sikit psl satu laman web yg saya terjumpa berkaitan penggunaan tip-tip mendeco kek. wah..sgt teruja dan best. kdg2 kala ada yg kita x smepat belajar di dalam kelas, coz cikgu ajar yg simpel2 jer...hehehehe...

http: http://www.bakeddecoratecelebrate.com/

di sesawang ni, ada neunjukan cara dan juga nombor-nombor tip yg boleh digunakan. tetapi bukan dlm konsep video. ianya di dalam bentuk penulisan. tak pe yg penting step by stepnya mudah difahami. apa pun selamat mencuba dan kena sabar dan minat untuk melakukan apa saja yg dinamakan art work.

Tuesday, October 25, 2011

PRODUK FROZEN - SEPAKET RM 5 (10 PCS) BELI 3 PAKET RM 10



  1. CUCUR BADAK
  2. KARIPAP KENTANG
  3. KARIPAP CENDAWAN
  4. KARIPAP SARDIN
  5. KARIPAP KARI AYAM
  6. KARIPA DAGING BLACK PEPPER
  7. POPIA OTAK-OTAK
  8. DONUT
  9. PUTERI AYU
  10. PULUT PANGGANG
  11. ANGKOO KUEH - DLM PROSES MENCUBA

logo kedai dah siap.


erm..alhamdulillah logo kedai dah siap. aku mengharapkan yang terbaik. aku harapkan ianya akan berjaya.
KB2, JALAN CECAWI 6/30, GUGUSAN SEROJA, SEKYEN 6, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR

Friday, October 14, 2011

Barang Kemas tidak sesuai pakai ketika memasak

saya merupakan pendengar setia radio IKIM, banyak betul ilmu2 yang di keudarakan oleh tetamu yang hadir. Subahanallah....pada sesiapa yang belum tergerak hati ataupun mencuba nak dengar. cuba try test ya..ruangan yang menarik pada hari rabu pukul 10 pagi bersama prof muhaya. cuba dengar motivasi dari beliau dan juga masalah2 dari pemanggil. kadang kala ada ketikanya ianya menyentap jiwa kita dan menyedarkan kita. pada hari khamis pukul 5 petang. bersama saudara baru. pada hari selasa ada isu kewangan islam. saya promote ni bukannya apa, coz ilmu. ilmu yang kita malas nak cari dari buku, dari pergi majlis ilmu, ceramah. so kalau kita dengar di radio ikim, mesti akan terdetik, eh...kenapa kita tak mencari ya? kenapa dan kenapa? bukan tak boleh nak dengar siaran lain. boleh...tukar2 pun tak pe.

ermm..tapi bukan ini yang saya nak kongsikan. tapi berkaitan dengan barang kemas. chef sabri ada bagi tahu bahawasanya, apa bila kita memasak benda yang ada alkali atau asid contohnya menggunakan tomato, limau nipis, asam jawa, makana-makanan ini apabila terkena pada barang kemas, ia menjadi bahan pencuci daki-daki yang berada pada barang kemas kita. so daki2 tersebut masuk ke dalam makanan. kira tak bersihkan....makanan pun cepat rosak. tersentak juga la kan. macam mana selama ni duk bagi makan kat famili. cincin bersusun di jari. sekarang ni terpaksa buka..kalau tak, kita duk bagi makanan yang tak bersih pada keluarga, bila tak bersih macam-macam penyakit fizikal dan rohani akan datang.

harap dapat praktikan.

faridah salem lagi...dan lagi..dan lagi... tolong berhati-hati!!!!

pagi tadi ada seorang hamba Allah berbangsa india dari mentakab menghubungi saya kerana terbaca pasal faridah salem (sendikit parcel antarabangsa) di blog saya. memang saya hampir ditipu tetapi alhamdulillah Allah melinndungi saya. kerana saya siasata dan juga banyak syak wasangka dengan tindak tanduknya. tetapi bagi saudari itu,yang telah tertipu dan  dia membayar rm 4 ribu untuk mendapatkan parcel tersebut. tetapi apabila sendikit terbabit meminta wang lagi, baru dia percaya yang dirinya telah tertipu. sangat simpati kepada beliau. saya sangat2 berharap pada sesiapa yang terbaca blog saya ini,dan ketika ini beremail dengan Faridah Salem. tolong hentikan perhubungan anda dengan perempuan tersebut. saya pasti dia bukan berbangsa britian dan bekerja dengan syarikat BMW dan juga parents dia bukan berasal dari kuching.

dari butiran percakapannya di dalam talian telefon, dengan jelas seperti orang berbangsa filipina. tetapi pada sesiapa dalam proses untuk menunggu parcel dari beliau. saya cuma nak ingatkan tolong dengan sekeras-kerasnya untuk tidak menerima parcel tersebut . dan ignore pada urusan tersebut.

pada rakyat malaysia yang bersekongkol dengan sendikit tersebut dengan menelefon para-para mangsa. saya berharap sangat anda diberi peluang untuk berubah dan diberi peluang untuk bernafas bebas disebalik tiang-tiang besi. jika anda sudah berkeluarga. saya berharap anda sedar, rezeki yg anda cari dari membantu sendikit ini tidak mendapat berkah dan ianya duit haram untuk anda beri pada keluarga anda. sedar sebelum terlambat.

saya berharap sendikit ini akan tertumpas dengan cepat. lagi lama ia berleluasa, lagi ramai yang naif akan tertipu dengan ratusan, ribuan ringgit. 

Buttercream bakery - kedai membekal kuih muih tradisional, kek, roti dan juga coklat.

Alhamdulillah, perancangan dipermudahkan. akhirnya kedai kuih muih saya bejaya dibuka dan diberi nama buttercream bakery. di seksyen 6 , kota damansara, di kawasan flat gugusan seroja. asalnya nama ni kerana dari perancangan nak buka kedai kek dgn seorang rakan. tapi tidak dipermudahkan di atas beberapa sebab. Alhamdulillah saya bersyukur juga pada hikmah yang Allah beri. kalau saya tidak dapat kursus kek anjuran ANGKASA dulu maybe saya tak tahu, rupanya saya belum bersedia nak buka sebuah bakery. so sepanjang kursus itu, ada beberapa pendapat dan ruang yang diberikan oleh rakan-rakan, chef dan juga pihak angkasa. beberapa laluan dikongsi bersama. akhirnya terbuka idea untuk membuka kedai kuih. dan saya meminjam nama kedai yang didaftar atas nama kawan saya ini untuk dipakai pada kedai saya. coz idea sayakan. hehehehe.....

alhamdulilah berkat, ketidak yakinan, berkat dari mulut org yang mematahkan semangat saya, berkat dari masalah-masalah lain dan juga pandangan org tentang diri saya. saya panjat perlahan-lahan.muhasabah diri untuk seketika dan merasakan memang ini yang Allah duga. so saya mencari jalan dulu untuk keluar dari aura negatif dlm diri dan juga persekitaran. berkat banyak mendengar ceramah prof muhaya akhirnya saya yakin apabila dugaan demi dugaan disambut dengan sabar dan reda, akhirnya Allah memberi benda yang lain. tapi dugaan baru bermula, ada banyak dugaan lain yang harus diharungi. saya berharap, Jabatan pertanian dan juga pihak Angkasa dapat membantu lagi dalam perniagaan saya ini.

niat saya, mencari reda Allah. jika saya maju, saya nak kongsi kegembiraan dan kejayaan saya ini dgn famili dan juga fakir miskin mahupun anak -anak yatim. coz memulakan perniagaan ini atas ehsan ilmu dan sumbangan dari pelbagai segi dari orang di sekeliling saya. Syukur dan saya amat berterima kasih.

pada rakan-rakan yang banyak beri sokongan. saya cuma berharap doa dari anda, doakan saya menjadi orang yang rajin berusaha. tak perlu doakan saya menjadi kaya raya. cuma doakan saya menjadi orang yang rajin berusaha dan sentiasa ingatkan Allah.  sebab saya yakin, kalau saya rajin, insyallah rezeki itu akan dtg tanpa di duga. dan saya juga mendoakan agar sesiapa yang ada rasa cemburu dan dengki pada saya, moga Allah membuka hati mereka untuk berbuat baik pada org lain juga. dan dipermudahkan urusan mereka.

pada suami dan ayah saya. doakan saya berjaya dalam bidang ini. tolong reda atas urusan yang saya buat ini. doakan saya menjadi org yg amanah pd tanggungjawab saya, tolong doakan saya agar apa yang saya buat ini saya boleh bantu orang lain, dan tolong doakan saya agar saya menjadi org yang rajin dan penyayang pada keluarga saya dan orang lain. dan doakan saya, apa saja yang saya masak sedap dan diberkati Allah. dan terima kasih kerana mencuba untuk memberikan sokongan pada saya dan mencuba untuk memahami saya dan minat saya.

pada pembaca blog saya juga, saya bukan nak tunjuk baik atau pandai. saya cuma berharap sesiapa yang ada cita-cita seperti saya yang mahu maju kehadapan. pertama cari reda Allah dan niat apa yang kita buat nak memberi syafaat pada org lain juga. jika saya ada salah dan silap maafkan saya. jika ada produk saya yang tak menjadi, maafkan saya juga. coz ada benda yang baru saya belajar. ilmu yang saya dapat dari keizinan Allah S.W.T. tapi kalau dah cuba berulang kali, hanya Allah maha mengetahui kenapa masih tak jadi. 

terima kasih, dan terus menyokong saya dan produk saya. saya cuba yang terbaik untuk mengeluarkan dan membekalkan produk halal pada org muslim dan juga bukan muslim. moga-moga dilembutkan hati. amin....

Wednesday, May 4, 2011

How to make Tofu

Akok

Puteri Mandi

Sweet Sour Egg

Spaghetti Bolognese

Chicken Opor

Chicken Darat Gulai

Fish Curry

Sweet Sour Fish

Paprik Chicken

Prawn Mee

Penang Kuey Teow

Fried Mee With Gravy

Hainan Chicken Rice

Chicken Rice

Batik Jelly

Kuih Rengas

Ban Chean Kuih Recipe

Ban Chean Kuih Recipe

Kuih Keria

Banana Lepat

Kuih Koci

Kuih Ketayap

How to Make a Chocolate Mousse

Decorating Cupcakes: #37 Baby Chick

Decorating Cupcakes: #36 Bunny

Decorating Cupcakes: #32 Flower Pot and Flowers

Decorating Cupcakes #31: Simple flowers and hearts

Decorating cupcakes #25: Santa Claus

Decorating Cupcakes #15: Halloween Mummy cupcake

Decorating Cupcakes #10: Cute Monsters

Decorating Cupcakes: #26 Fluffy Sheep

Decorating Cupcakes #27-28-29-30 Cookie Monster, Elmo, Oscar the Grouch ...

Decorating Cupcakes #12: Owl

Decorating Cupcakes #13: Cherry Pie

Decorating Cupcakes #11: Roses

Cute Cupcakes (PastryFriends)

Tuesday, May 3, 2011

Cake Decorating : Fun Decorating Ideas for a Birthday Cake

Pastry Decorating : How to Make Frosting Flowers

How To Make Rolled Fondant Icing

Oreo Ice Cream Fudge Cake

Mini Oreo Surprise Cupcakes

Cappucinno Cupcakes

Cupcake Show #31: Black-Bottom Cheesecake Cupcakes

Cupcake Show #22: Mochaccino Cheesecake Cupcakes

Cupcake Show #30: Chocolate Truffle Cupcakes

Cupcake Show #20: Mississippi Mud Cupcakes

Cupcake Show #18: White Cupcakes with Whipped Chocolate Ganache

Cupcake Show #7: Caramel Cupcakes

Cupcake Show #6: Fresh Orange Cupcakes

Amazing Orange Cake Recipe

How to make caramel custard (Flan cake)

Resepi Puding Coklat ( jeBateja 23 )

Resepi Puding Mable Serangkai Kasih ( jeBateja 18 )

Double Chocolate Banana Muffin Recipe

2am I can't let you go even if I die eng sub + romaji

2AM - You Wouldn't Answer My Calls [english subs + romanization + hangul]

絢香 ayaka - I believe

Yuna Ito-Endless story (English Lyric)

Monday, May 2, 2011

cukuplah kawan...sedarlah...

jika hari ini Allah ambil sesuatu dari kamu. jangan kamu persoalkan kenapa. mungkin itu terbaik buat kamu. sesungguhnya dia tidak menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. kita rasa kita tak kuat. tapi sebenarnya kital ebih kuat dari itu. kena banyak berdoa, kena banyak beristigifar, kena banyak muhasabah diri. cari kekurangan dalam diri kita, dan terus perbaiki.

kadang kala, kita merasa tindakan kita yang lalu itu salah. tapi ianya sudah berlalu. di masa hadapan ini kita kena teruskan lagi kehidupan. jangan kerana mereka dan mereka yang tahu akan kelemahan kita dan mempergunakannya. kita terpaksa tunduk pada mereka. jangan hancurkan sebahagian hidup kita yang lalu dihancurkan sebahagian lagi.

jika mereka rasa kita dalam ketakutan, biar mereka tahu..mereka yang harus takut dengan kita. kerana ketakutan kita sebenarnya semangat yang mereka tidak boleh patahkan lagi. enough is enough!!!! no more pain, no more sadness, no more darkness... throw away semua cebisan yang boleh kita panggil sialan dalam hidup kita....itu kata kasar, atau sebenarnya cebisan duka yang telah banyak meletakkan kita di bawah kaki mereka. cukuplah....

jika kita ingin rasa dihargai, hargai diri kita dahulu. hargai apa yang kita ada sekarang, apa yang kita perlu lalui akan datang. biarkan mereka buat sesuka hati mereka. kita juga boleh melakukan sesuka hati kita. tapi biar kita buat sesuka hati kita yg membawa erti. bukannya sesuka hati yang menjadikan kita sebahagian dari mereka. kita harus melakukan yang lebih baik dan yakin pada diri sendiri bahawa Allah akan beri yang lebih baik. cuma kita tak tahu bila dan di mana..sabar..sabar...

sebagai teman, kami tahu kesengsaraan kamu. kami tahu kami tidka berada di dalam kasut kamu. tapi...mungkin kata2 kami ini, boleh beri kamu satu ruang untuk kamu berfikir sejenak. adakah melangkah ke hadapan lebih baik dari mengundur ke belakang. adakah melepaskan sesuatu yang berharga masa sekarang adalah satu jaminan kamu mendapat yang lebih berharga di masa hadapan. kita tidak tahu perancangan Allah S.W.T untuk kita. tapi kenapa kita tidak meminta...kenapa...?

anak ku bersantai bersama sepupunya.-pantai puteri melaka

anak ku nur irdina aimi yang sangat mengemari air. hehehhehehhe




kalau dulu bila di ingatkan saat kelahirannya yang mengalami pelbagai dugaan dan ujian. alhamduillah, skrg setelah menjangkau usia 3 tahun. dia semakin aktif dan sihat. kami bersyukur kehadiran aimi dalam hidup kami. semoga dia menjadi anak yang baik, solehah, yg pandai dan disayangi semua org. amin...



tempahan lagi....

150 biji. adush...keletihan satu hari membakar muffin dan kuih bakar serentak. letihnyer. tapi inilah hasilnya. hehehehe. harap2 rezeki akan terus murah dan murah. alhamdulillah...

ini hasil pertama. asalnya resepi kek balas, tapi aku tak sempatlah nak buat layer2 tambahan di tengahnyer. so aku menderhaka sikit dengan my sifu. aku letak strawberry kering di dalamnya. so aku tak rasa lagi mcm ne rasanyer. tapi alhamdulilah.my customer i cakap sangat sedap. hehehehehe...tq.

alhamdulillah tempahan kuih bakar kemboja aku semaki hot-hot. terima kasihlah yang memuji kuih bakar aku sedap sangat. heheheh

Pilar - Lelah

Billionaire Lyrics Travie Mcoy feat. Bruno Mars

Bruno Mars - Grenade Lyrics

SET14 - Jodoh Tak Kemana (with lyrics)

hargai atau tidak

mengapa penyesalan di luahkan bila semuanya telah berlaku. telah berlalu. untuk apa dtangisi jika keputusan telah dilakukan.
mengapa perlu ditanya beruang kali setelah kamu menjawabnya.
sukar bukan apabila telah membuat keputusan, tapi adakah sesukar sebelum berfikir untuk sesuatu sebelum berlaku. kita memang tidak boleh melawan takdir. tetapi kita boleh memohon dan berusaha untuk mengelak sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
adakah Allah begitu kejam dengan hambanya.TIDAk! tetapi kita manusianya sentiasa kejam dengannya, dengan manusia lain dengan mahkluk yang lain juga.

so nape perlu sesal dengan keputusan yang telah dilakukan. jika kamu tidak mahu menghargai apa yang kamu sepatutnya hargai dalam hidup kamu dulu. kenapa sekarang kamu mahu menyatakan rasa menghargai dan dihargai.

p/s " pada teman-teman hargai apa yang kamu ada skrg ini dng syukur. syukur kamu ada rumah walaupun kecil, ianya lebih baik dr duduk bawah jambatan ataupun menumpang rumah org. hargai keluarga yg kamu ada skrg ini, ianya lebih baik bila sudah kehilangan atau pun bersama insan lain yang tidak menghargai anda, hargai teman-teman anda, apa saja yg kamu miliki skrg anggapla kamu bertuah walaupun sederhana ataupu sikit. kerana ujian mereka yang kaya raya lebih banyak dari kita yang ada dan tiada ini. hargailah merea yang patut kamu hargai . jgn menyesal dikemudian hari degan menyalahkan diri sendiri ataupun org lain.

Stacy - Kisah Dongeng (with lyrics)

Wednesday, April 27, 2011

roti bunga

tengok gambo macam best. so nak tr lah. tumpang cedok..Rotibunga
sebiji roti dengan pelbagai jenis inti

Created on : 22-09-2006


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3g garam
  • 16g shortening/lemak sayur
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • =========OPTIONAL===================
  • wulnut
  • kismis
  • sosej
  • cheese
  • coklat
  • plum

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Rotibunga
    Ambik satu doh roti. Canaikan. Potong seperti dalam gambar. Setiap bahagian letaklah inti yg berlainan. Inti ni boleh letak apa saje yg sesuai.. ikut selera masing-masing.
  5. Rotibunga2
    Buatlah bentuk bulat. Aturkan biar jadi bentuk bunga. Ulang untuk semua doh roti yg lain.
  6. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur. Bakar dalam oven selama 12 minit pada suhu 180C
  7. Rotibunga3
    Kalau nak roti nampak lebih perang. Biarkan dalam oven selama 5-10minit sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan roti di atas radar kek.

kueh koci

resepi ini saya cedok dari my resepi - olahan mat gebu. nak simpan sini eh, senang nak rujuk bila nak buat. jom cari barang!!!

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

  1. Heritage_recipe_003
    UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. Heritage_recipe_002
    UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
  3. Heritage_recipe_006
    UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  4. Heritage_recipe_007
    Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  5. Heritage_recipe_010
    Kemudian lipat seperti biasa.
  6. Heritage_recipe_005
    Yang ini berbentuk bantal.
  7. Heritage_recipe_009
    Dan yang ini berbentuk piramid
  8. Heritage_recipe_004
    Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...