Monday, November 22, 2010

How to make Cake Pops

beberapa hasil air tangan aku selepas pergi belajar...






ni beberapa hasil air tangan aku ni. chewahhh......ni baru mula-mula belajar dan ada start orang buat tempahan. mcm bangga sikitlah kan....senyum simpul sampai ketelinga...

apam jagung kukus


resepi :

bahan A
1/2 tin jagung manis dalm tin ( kalau tak suka boleh ganti kepada lain seperti pisang ke, kacang merah ker..apa-apalah)
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan marjerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air

bahan B

3 cawna tepung
1 sudu teh bakin powder

cara membuatnya
1. adunan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar
2. selepas itu , masukan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati
3. akhir sekali masukkan aduan tadi dalam loyang bulat. kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit

respei ni saya ambil dari internet. tak tahu nukilan siapa punya idea. tapi terima kasih kerana rasa apam ini sangat sedap. dan naik cantik sahaja. hehehe...selamat mencuba

kek black forest



resepi :

bahan A:
1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci . ni beli siap pon boleh, nak pakai tepung ready made pun boleh. cari dekat kedai kek lah.

bahna B
bahan-bahan hiasan
1 liter krim putar bakers mix (non diary whipping cream)
1biji ceri maraschino
10 keping hiasan coklat
1 tin ceri hitam
100 gm coklat masaan yang dihiris-hiris
sedikit jus

cara membuatnya
1. kek span coklat di bahagi kepada 2 bahagian . belah tengah yer...dan ketepikan
2. putar krim dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kambang dan gebu.
3. letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci
4. sapukan sedikit jus di atas lapisan pertama. kemudian sapukan krim putar ke atas kek tersebut, dan letakkan buah ceri yang dipotong.
5. letakan lapisan kek kedua dia tasnya. buat seperti step di atas tadi.  kemudian sapukan krim pada keseluruhan kek. disapu rata menggunakan pisau yang leper atau spatula.
6. kemudian hiaskan dengan hirisan coklat di bahagian tepi.
7. dibahagian gunakan piping berbetuk rosette di sekeliling dan dihiaskan dengan buah ceri.

yeh..dah siap. hasil dari puan noraini zakaria.

di sekitar kelas puan noraini di taman samudera






salam...di sekitar kelas puan noraini. aku memulakan langkah mengikuti kelas masak, kuih muih ni di kelas puan norainilah. cikgu ni sporting gak, tapi student yang terlalu ramai membuatkan kecoh sikit. dan kadang2 terlepas step. hehehe. apa pun enjoy dan rasa resepinya pun boleh tahan. jom kita lihat apa yg ada.

kek mentega oren



resepinya :

250gm mentega
120 gm gula castor
4 biji telur B
220gm tepung kek
30gm jus oren
3 sudu besar paruta kulit oren
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh perisa oren
1 sudu teh pewarna oren

cara membuatnya:

1. sediakan tin pembakar bersaiz 8 inci. griskan dan lapik kertas serap minyak.
2. mentega, perisa oren dan gula kastor diputarkan hingga kembang dan putih
3. masukan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati
4. tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam aduann diatas dan diselang selikan dengan jus oren
5.masukan kulit oren dan gaul sebati
6. tuangkan ke dalam acuan pembakar dan dibakar selama 1 jam -180c atau ikut suhu ketuhar yang ada.

respei dari pn. noraini. teksturnya sedap dan lembut. tp kalau ikutkan asal resepi 200gm gula. saya dah mencuba dan rasanya sangat manis. jadi saya kurangkan sukatannya. selamat mencuba. resepi ni pun boleh di bubuh dalam cup muffin.

di sekitar kelas kak june




ermm....terima kasih kepada kawan aku yang bernama zan zafira yang telah memperkenalkan kak june kepada ku. ermm...komen ke seluruhan, kak june best & sporting. dia tidak lokek ilmu malah ramah orangnya. kebanyakan resepi dia, boleh di katakan sedap. hehehehe....aku sempat join kelas talam & kelas frozen food. jom kita tengok aktiviti di kelas ini. kelas kak june under budget punya kelas. tidak berapa mahal, malah makan pagi, tenghari dan petang ada disediakan.

kawan kelas masak

hehehe...sejak dua menjak pergi kelas sana sini, belajar itu ini. akhirnya jumpalah kawan sehati sejiwa dalam bidang masak ni. 
aku panggil dia reen jer, nama penuh tidka pasti. hehehheeh..boleh macam tu pulaknya.
kami ni jumpa di kelas kak june, kemudian aku lama tak pergi kelas kak june kerana selalu bertembung dengan kelas di um. akhirnya nak di katakan jodoh, kami bertemu di kelas chef asma. 
bermula lah persahabatan dua daerah ini dan juga akhirnya kami selalulah bertukar resepi.
seronok jugalah dapat berkawan dengan reen ni. harap-harap persahabatan ini berkekalan. amin....

jemput-jemput tepung

ha..ada ramai kakak2, adik2 kat luar sana masih terkeliru atau tertanya-tanya lah, kenapa jemput-jemput si pulan ni lembut sampai ke petang, nape jemput-jemput aku keras lah, liat lah. mcm-mcmlah...

resepi & tipsnya yang selalu saya buat.

tepung gandum 1 cawan
air panas 1 cawan (kalau rasa mcm terlebih tepung, tambah air paip sikit, kalau rasa tercair tambah tepung sedikit)
sedikit garam
1 tsp gula pasir
sebijik bawang merah dihiris halus


1. campurkan ke semua bahan tadi. panaskan kuali, minyak kena banyak ye. bagi tenggelam jemput2nya.
hasilnya, jemput-jemput anda lembut dan kulitnya ranggup sedikit. kalau tidka percaya cubalah tips ini.


sambal goreng gesek (sambal kering melaka)

ramai teman tertanya-tanya apa tu sambal gesek. ohh...makanan yang mengkhayalkan bagi aku. sambal ni dimasak dengan api yg perlahan dan lama sehingga kering. ianya menjadi khayal bila diratah macam itu sahaja atau digaul dengan nasi atau roti. uishh..sukar digambarkan kesedapannya.

di bawah ini resepinya:

bahan A
3 cawan cili blender
2 biji labu bawang merah (besar)
sedikit belacan
minyak

bahan B
100-200gm ikan bilis yang digoreng
sedikit garam
2 sudu besar gula pasir
air asam jawa sedikit(ikut sukalah)

1. mesin semua bahan A dengan minyak . saya mengunakan 1 cawan minyak masak.
2. kemudian tumis sehingga kering, pekat dan warnanya menjadi gelap.
3. kemudian masukkan gula, air asam dan garam.
4. setelah anda puas hati dgn tekstur kekeringanya. tutp api dan masukkan ikan bilis goreng tadi.
gaul sehingga sebati. kemudian angkat.

tips: saya menumis tanpa mengunnakan minyak tambahan . kerana minyak yg di dalam cili sudah cukup untuk menumis.

selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...