Wednesday, April 27, 2011

roti bunga

tengok gambo macam best. so nak tr lah. tumpang cedok..Rotibunga
sebiji roti dengan pelbagai jenis inti

Created on : 22-09-2006


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3g garam
  • 16g shortening/lemak sayur
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • =========OPTIONAL===================
  • wulnut
  • kismis
  • sosej
  • cheese
  • coklat
  • plum

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Rotibunga
    Ambik satu doh roti. Canaikan. Potong seperti dalam gambar. Setiap bahagian letaklah inti yg berlainan. Inti ni boleh letak apa saje yg sesuai.. ikut selera masing-masing.
  5. Rotibunga2
    Buatlah bentuk bulat. Aturkan biar jadi bentuk bunga. Ulang untuk semua doh roti yg lain.
  6. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur. Bakar dalam oven selama 12 minit pada suhu 180C
  7. Rotibunga3
    Kalau nak roti nampak lebih perang. Biarkan dalam oven selama 5-10minit sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan roti di atas radar kek.

kueh koci

resepi ini saya cedok dari my resepi - olahan mat gebu. nak simpan sini eh, senang nak rujuk bila nak buat. jom cari barang!!!

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

  1. Heritage_recipe_003
    UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. Heritage_recipe_002
    UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
  3. Heritage_recipe_006
    UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  4. Heritage_recipe_007
    Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  5. Heritage_recipe_010
    Kemudian lipat seperti biasa.
  6. Heritage_recipe_005
    Yang ini berbentuk bantal.
  7. Heritage_recipe_009
    Dan yang ini berbentuk piramid
  8. Heritage_recipe_004
    Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...