Thursday, April 7, 2011

order dari nunut...


hehhehe..tadi my friend call.


adush, nak kena hantar orderan ke pavillion ari isnin ni. ermmmm...
tu namanya rezeki, budgetnya ciput. takpelah..


1)talam gula merah
2) kuih bakar
3) puff pastry.


tak kisahlah...jangan berkira nak bagi org makan. walaupun pun berbisnes..
sambungan hari ini. aku sesat nak ke pavillion. hantar lah kuih muih ni, dekat sejam lebih dr kota damansara ke bukit bintang. huwahhh!!!...dah lah mengatuk! pastu lak sesat...adush....jam lagi. huwahh....
dlm hati berdoa, harap2 kuih tu adalah rasa...sedaplah gamaknya..

pening kepala dah...

hari ni, aku plan nak buat kek lapis tu besday my hubby. tapi terus jadi pening bila tgk resepi. banyak nyer telur dah bubuh...ada tu dekat 25 biji. aku telur banyak2 ni aku jadi mual jap....

adush..nak buat apa sok ni. gelisah jap...

how to make portuguese tarts 葡撻

Icing a Wedding Cake

roti goreng

Bahan-bahan

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

apam pisang


source :  easybakes
Recipe ~ Source : CMG, recipe asal : Diana
Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)


1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)


Cara membuatnya :-)
Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..


resepi apam pisang ini aku cedok dr blog easy bakes. memang sedap dan gebu. resepinya nanti saya upload kemudian. tak tahu mana letak dah buku resepi aku ni...

juadah simpel jer...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...