Thursday, April 7, 2011

apam pisang


source :  easybakes
Recipe ~ Source : CMG, recipe asal : Diana
Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)


1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)


Cara membuatnya :-)
Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..


resepi apam pisang ini aku cedok dr blog easy bakes. memang sedap dan gebu. resepinya nanti saya upload kemudian. tak tahu mana letak dah buku resepi aku ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...