Wednesday, April 27, 2011

roti bunga

tengok gambo macam best. so nak tr lah. tumpang cedok..Rotibunga
sebiji roti dengan pelbagai jenis inti

Created on : 22-09-2006


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3g garam
  • 16g shortening/lemak sayur
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • =========OPTIONAL===================
  • wulnut
  • kismis
  • sosej
  • cheese
  • coklat
  • plum

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Rotibunga
    Ambik satu doh roti. Canaikan. Potong seperti dalam gambar. Setiap bahagian letaklah inti yg berlainan. Inti ni boleh letak apa saje yg sesuai.. ikut selera masing-masing.
  5. Rotibunga2
    Buatlah bentuk bulat. Aturkan biar jadi bentuk bunga. Ulang untuk semua doh roti yg lain.
  6. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur. Bakar dalam oven selama 12 minit pada suhu 180C
  7. Rotibunga3
    Kalau nak roti nampak lebih perang. Biarkan dalam oven selama 5-10minit sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan roti di atas radar kek.

kueh koci

resepi ini saya cedok dari my resepi - olahan mat gebu. nak simpan sini eh, senang nak rujuk bila nak buat. jom cari barang!!!

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

  1. Heritage_recipe_003
    UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. Heritage_recipe_002
    UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
  3. Heritage_recipe_006
    UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  4. Heritage_recipe_007
    Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  5. Heritage_recipe_010
    Kemudian lipat seperti biasa.
  6. Heritage_recipe_005
    Yang ini berbentuk bantal.
  7. Heritage_recipe_009
    Dan yang ini berbentuk piramid
  8. Heritage_recipe_004
    Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba

Tuesday, April 26, 2011

boleh ke msg macam ini...

Esok 28hb adalah hari ulang tahun perkahwinan yang 3 bagi saya. 3 hri lepas saya cuba ingatkan suami saya melalui msg dalam fb. bila dia pulang ke rumah, dia tanya saya, apa yang saya nak. uish...berombak dada. mcm2 nak luahkan ni...dah list dah dlm otak nak minta apa. last lama saya diam.saya memikirkan apakah barang yang paling best nak minta ni. hehehe....

bila dia tanya lagi. saya terus cakap, tak ada apa kot. dan di tanya lagi. saya pun cakap malas lah nak minta. takpelah...selagi hidup hari ulang tahun ni akan sentiasa ada dan diraikan. sok dah tak ada tinggal memori sahaja.


semalam, saya terasa nak msg fb suami saya. dan saya tak tahu..di mana datang kekuatan ini. saya msgkan ayat ini padanya...

nak apa ek?
lau ikut hati nak mcm2. tp malas nak listkan.nanti kemudian tak ada duit..akan terbuka list panjang lebar. so baik tak payah.
cuma saya nak, suami sy sayang sy dan anak dia.saya nak suami saya tahu tanggungjawab dan nafkah dia tuk isteri dan anak dia. dan saya nak suami saya juga tahu tanggungjawab dia pada mak pak dia, dan saya nak suami saya akan lebih cerdik dlm urusan kewangan rumah tangga. saya nak suami saya tolong saya utk uruskan rumahtangga. (heheh..byk nyer mintak.) last sekali dan paling utama, saya nak suami saya jd org baik2.jd hamba yg taat pada tuhannya, baru boleh bimbing saya dan anak saya. semua tu tak payah banyak pakai duit. tapi maybe suami saya tak mampu tuk bagi lagi. tapi andai saya mati dulu,mcm mana saya nak suruh suami saya imamkan solatkan jenazah, atau bacakan yasin untuk saya.

tapi kalau saya minta food processor, minta pergi bercuti, minta duit. mungkin suami sy akan usahakan. ermm...

heheh...jadi bila saya bagi msg ni, sy minta jg marah. tp fikir jap boleh kan. hahahahahaa
 
p/s: pada pembaca blog saya. saya bukan nak menunjuk atau mengaibkan. tapi hakikatnya suami saya baik orangnya. saya sayang suami saya. sebagai seorang isteri dan ibu. saya nak terbaik dalam hidup saya, terbaik untuk masa depan anak-anak saya. saya nak jadi orang baik-baik, begitu juga suami dan anak saya. dalam rumah tangga kita sentiasa mendoakan perkara yang tuk pasangannya. bersabar dan cuma memperbaiki diri sendiri dan juga pasangannya. kita harus bersyukur dengan apa yang ada dan juga yang akan datang. ada orang kata duit boleh bagi kebahagiaan dan kesenangan. tapi duit juga boleh menghancurkan. saya mahu hidup dalam serba sederhana, cukup apa yang ada. yg lain boleh usaha. tapi saya nak apa yang saya ada diberkati oleh Allah.
 
oleh itu sayangilah keluarga anda. sentiasa sabar dan bersabar.
 
moral of the story.malam tadi sebelum tido. suami saya hulurkan not rm100.00. - ini duit belanja tuk bulan ini. alhamdulillah..boleh beli tray oven esok. hehehehehehhehe

If life is as senang to menang prizes like this. Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win! #DiGiSenang2Menang

If life is as senang to menang prizes like this. Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win! #DiGiSenang2Menang

Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall

Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall

Monday, April 25, 2011

petua buat kek lapis - dari blog resepi masakan melayu

. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi. Apabila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak. Sekiranya ditinggalkan, hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega di antara satu lapis dan lapis yang lain. Ini akan membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu, sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak cantik dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti apbila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya kreativiti, kek akan menjadi cantik dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

ada org offer jadi share partner?

alhamdulillah..mungkin ni rezeki aku. syukur pada Allah. ada org nak buka kedai roti  & kek. dah tawarkan aku jadi share partner. tak payah keluar modal. dia keluarkan semua. aku just produce barang, monitor dan juga kawal manpower. ermm...tapi sayang nak letak jawatan skrg ni. cm ner?huwahhh! semalaman nak tido pun susah nak fikirkan hal ini. pada mulanya excited. kemudian dah rasa macam, boleh ker?

banyak skill yang belum ditempuh..adush...rasa kena tumbuk jer dgn tawaran ini. lau aku ni dlm kategori pro..mau tak fikir dua tiga kalikan. ni baru setahun....ermmm

Sunday, April 24, 2011

STRESS MINGGU NI...HEHEHE

ALHAMDULILLAH...DARI MINGGU LEPAS HINGGA MINGGU NI...TEMPAHAN KUIH MAKIN BERTAMBAH. TAK BERHENTI-HENTI LAGI.

MINGGU NI, AGAK STRESS PSL TEMPAHAN MUFFIN, KUIH BAKAR DAN KEK LAPIS DATANG SERENTAK . DAN WAKTU YG SAMA PROJEK PAPER ADALAH MINGGU-MINGGU TERAKHIR PERLU DISIAPKAN. ADUSH...

TERPAKSALHA MINTA CUTI SATU HARI DARI BOS. SSSHHHH....

HEHEHE....

bila pergi kuantan....









berkuah ker....srup..srupp..bestnyer,,,

bubur nasi special ( dia org ni makan, sampai kena masak 3 kali , tak cukup2. )

nilah akibatnya bila periuk steambot aku tertinggal. periuk nais pun jd. hahahaha

kuehtiau sup


coklat cluster...yummy...

rm 18.00 - 40 biji

Thursday, April 21, 2011

Pau Gebu Water Roux Resepi II

Masakan - Kuih Muih
source : blog intan anis- bukan sekadar masakan. hehehe...seperti yang dijanjikan oleh intan semalam. dia nak bagi resepi untuk kita mencuba. so kita cedok ye resepi intan, untuk rujukan. tq. intan...harap-harap menjadi. yepi!!!!



Bahan-bahanya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti- sedikit inti kacang merah

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau



Wednesday, April 20, 2011

nugget ayam - home made

tak tahu dah nak makan apa. nak masak benda yang cepat, sedap dan mudah. nak juga bagi aimi makan sayur. tapi jangan bagi dia nampak. hahahaha....
kalau dia kata tak makan sayur. inilah buktinya. dlm setiap makanan dia ada saje sayur. cuma dia tak perasan atau pun dia tak menduga. hahahhaha..clever mummy...so aku dapat idea, lepas aku nampak daging burger. asyik nak buat burger je. baik buat benda lain. hehehhe...yg save budget. kelas gitu.maybe ada org yang pernah buat. aku tak sure. dan aku tak peduli. kehekhekehkk. tapi yg tgh geram skrg ni, gambo tak boleh di uploadkan. asal ni...server reject? nape lak? adush...

resepi:

2 ketul isi ayam-dincincang/ beli ramly burger ayam cincang pun boleh atau (saya pakai dua keping burger ayam- diramas2) - nak pakai daging ke, ikan ke, udang ke, ikut sukalah...
kalau pakai ayam fresh.dah cincang gaul dengan putih telur dan sedikit tepung jagung. agar mudah di kepal.


inti: inti pun ikut sukalah nak bubuh apa, cheese pun boleh, letak cili dlama tu nak pedas pun boleh, kacang panjang sebatang - di cincang
3 helai daun bawang - dicincang


bahan celup :lada hitam ker, serbuk kari ke apa2 serbuklah
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu tepung jagung.
1/4 ladah sula
air


- bancuh macam nak buat jemput-jemput..tak cair sangat yer..


bahan salutan
bread crumb, nestum pun boleh, tempura pun boleh..ikut suka hati ya.




dah kepal2 kan bahan utama dengan inti . kemudian masuk dalam tepung. kemudian gaulkan dengan bahan salutan. gorenglah dengan api yang sederhana. selamat mencuba.

surah al isra'

Al-Isra
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1) Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya). (2) (Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur. (3) Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4) Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (5) Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6) Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (7) Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). (8) Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (9) Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (10) Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya dia ditimpa) kejahatan sebagaimana dia berdoa dengan memohon kebaikan dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (11) Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. (12) Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (13) (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (14) Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (15) Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17) Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (18) Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (19) Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). (20) Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. (21) Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. (22) Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24) Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (25) Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (26) Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (27) Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. (28) Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (29) Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (30) Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (31) Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32) Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (33) Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (34) Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (35) Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (36) Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (37) Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu. (38) Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah). (39) (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar. (40) Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. (41) Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). (42) Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu. (43) Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (44) Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. (45) Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri. (46) Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad) dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir. (47) Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran. (48) Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru? (49) Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi (50) Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (51) (Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (52) Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (53) Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Dia kehendaki, Dia akan menyeksa kamu dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka. (54) Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (55) Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya. (56) Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (57) Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58) Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (59) Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya) dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau. (60) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? (61) Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (62) Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (63) Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (64) Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (65) Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengasihani kepada kamu. (66) Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (67) Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? (68) Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Dia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami? (69) Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (70) (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. (71) Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. (72) Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya dan (kalau engkau melakukan yang demikian) barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. (73) Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. (74) Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami. (75) Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Mekah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja. (76) (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. (77) Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79) Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, (80) Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82) Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa. (83) Katakanlah (wahai Muhammad): Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya. (84) Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (85) Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya. (86) (Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar. (87) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (88) Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. (89) Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami. (90) Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (91) Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. (92) Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?. (93) Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayat petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul? (94) Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul. (95) Katakanlah lagi: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya adalah Dia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. (96) Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. (97) Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami dan mereka berkata: Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baru? (98) Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang-orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baru), padahal Dia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya?. Dalam pada itu, orang-orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran. (99) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (100) Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir (101) Nabi Musa menjawab: Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: Tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa. (102) Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya. (103) Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): Tinggallah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk. (104) Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (105) Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (106) Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): Samada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); (107) Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. (108) Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. (110) Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! (111)

Tuesday, April 19, 2011

How to make a Black Forest trifle - part 1

How to make a Black Forest trifle - part 2

How to make cupcakes

How to make sweet onion and dolcelatte cheese tarts with pear and walnut...

How to make a marble cake

How to make a fruit cake

How to make chocolate fudge cake

How to make mincemeat and almond slices

How to make treacle flapjacks

How to make chocolate macaroons

How to make Macaroons

Monday, April 18, 2011

kuih koci keledek ungu

rasa tertarik dengan gambo kuih koci ini. so aku cedok sekali lagi dari blog cekvisionhome yang sangat kreatif. suka-suka. nanti kalau dah cuba nak tayang lah. heheheh....
 
KUIH KOCHI KELEDEK UNGU....

BAHAN-BAHANNYA...utk dough kuih kochi...
  • 4 biji keledek ungu bersaiz sederhana..( saiz sedang2 je....lupa aku nak timbang...he he..)
  • 10 sudu besar tepung pulut..
  • Secubit garam..
  • Sedikit minyak jagung/sayur utk disapu keatas daun pisang...
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus kuih kochi...


BAHAN-BAHANNYA...utk inti kuih kochi....
  • 1 biji kelapa parut ....( putihnya sahaja....)
  • 10 ulas durian...( masak sekali ngan biji2nya...tapi kalau nak amik isinya je tak de hal..boleh je..)
  • 2 sudu besar gula pasir..
  • 1 ketul gula melaka diracik....( saiz sederhana besar...pun kes lupa nak timbang....)
  • 1 cawan air..
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 helai daun pandan disimpulkan....

CARA-CARANYA...utk inti kuih kochi...
  • Masak air bersama gula..gula melaka...durian dan masukkan simpulan pandan...
  • Kacau hingga gula larut dan adunan sebati bersama durian sampai agak likat...
  • Masukkan kelapa parut....kacau sebati...masukkan tepung ubi kacau lagi sehingga inti agak pekat dan tidak melekat lagi dikuali....kira ok dah inti tu....masak dah ..tutupkan api...ketepikan kejap ....

CARA-CARANYA....utk kuih kochi...
  • Keledek direbus sehingga empuk....ditoskan....dilenyek....
  • Masukkan tpg pulut + garam kedalam keledek yang telah dilenyek...
  • Uli adunan  sehingga sebati dan tak melekat kat tgn...siap dough dah...
  • Sediakan daun pisang...potong daun pisang ikut kesesuaian saiz yg dikehendaki....dilayur terlebih dahulu daun pisang sebelum digunakan utk membungkus kochi....
  • Sapukan sedikit minyak keatas daun pisang ....isikan inti kedalam dough kochi yg telah dibulat2kan dan bungkuslah kochi ikut citarasa masing2 k...
  • Panaskan kukusan....susunkan kuih kochi ke dalam loyang kukusan....dan kukuslah kochi lebihkurang 15 - 20 minit atau sehingga kuih masak....Masak dah
  • Biarkan kuih kochi sejuk sebelum dimakan ya....he he...


ang koo kuih

aku suka sangat kuih ni. lama cari resepi akhirnya jumpa di dalam blog cekvisionhome. harus ku cua...tq kerana buat resepi ini. dan minta laluan hormat untuk mencedok resepi ini bagi merealisasikan pembikinananya...
 
KUIH KOO...ANGKU...

 
BAHAN-BAHANNYA...

  • 100 grams ubi keledek....( kalau guna keledek warna putih baru cantik nak letak color yg kita suka...)
  • 400 grams tepung pulut...
  • 1 cawan pati santan...( kalau guna santan kotak..maknanya yg ni jgn + ngan air k...)
  • 3/4 cawan santan kedua...( yang ni agak2la + ngan air tuk dptkan 3/4 cawan...)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar minyak...( aku guna minyak jagung....)
  • 1/2 sudu kecil garam...
  • Beberapa titik pewarna....( kalau guna....)
  • Daun pisang secukupnya....digunting ikut saiz acuan....
 
CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
  • Keledek dikupas kulit....dipotong kecil....dikukus sehingga masak...
  • Setelah masak ...keluarkan dari kukusan....dilenyek hingga lumat....kalau nak blend pun boleh...lagi mudah keje....
  • Campurkan 280 grams tepung pulut kedalam pes keledek tadi....gaul sebati...ketepikan dulu k....
  • Campurkan 3/4 cawan santan yg kedua ngan gula ...minyak...garam...dan pewarna jika guna...ke dalam periuk...dan masakkan campuran ni sehingga gula larut dan campuran sebati....
  • Campurkan pula campuran santan ni ngan baki 120 grams tepung pulut yang tinggal....gaul sebati....
  • Masukkan pula pes keledek tadi dan jugak 1 cawan pati santan....Uli sebati hingga menjadi dough yang lembut dan tidak melekat ditangan....( 1 cawan santan jgn terus dituang semua....tuang sikit2 ...pas tu diuli sampai kita agak2 tak melekat lagi ditgn...kira dah oklah tu....takut jugak kalau terus masuk sume...lembikla pulak nanti....ok eek....)
  • Bahagikan dough ikut kesesuain saiz acuan.....dan dibulat2kan....leperkan ditangan ...masukkan inti kedalamnya....balutkan inti...dan bulatkan semula....masuk dan tekan perlahan kedalam acuan yg telah disapu ngan sedikit minyak...letakkan keatas daun pisang yg disapu jugak ngan sedikit minyak....buatla proses ni sehingga selesai....
  • Panaskan kukusan....susunkan kuih koo kedalam loyang kukusan....kukuslah lebihkurang 10 - 12 minit dengan api sederhana....
  • Setelah masak...angkat dari kukusan....sapukan sedikit minyak diatas permukaaan Kuih Koo....siap dah...
  • Sejukkan dulu sebelum dihidangkan....amat sesuai utk minum petang atau ole2 ke rumah jiran tetangga atau sanak saudara....
 
INTI KUIH KOO...ANGKU...
BAHAN-BAHANNYA..
  • 500 grams kacang hijau yg dibuang kulitnya...direndam semalaman...( ada jual kat kedai kacang hijau yg dah siap buang kulit ni....)
  • 140 ml air
  • 8 helai daun pandan yg disimpulkan...
  • 2 cawan gula pasir

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Kacang hijau yg direndam ditoskan...
  • Kukus kacang hijau lebihkurang 20 min atau sehingga kacang hijau lembut....
  • Angkat dari kukusan....bila dah agak2 suam ....kacang hijau dikisar hancur/lumat ...jadikan pes...
  • Dalam bekas yang sesuai...campurkan air ...gula....dan daun pandan....masak sehingga gula larut....guna api kecik je tau....
  • Pas tu masukkanlah kacang hijau pes tadi...kacau dan gaul sebati....bila inti dah  agak kering/lembab dan tak melekat kat kuali...kira ok dah tu....masak dah....sejukkan...pas tu bolehlah dibulat2kan ....senang utk dimasukkan kedlm dough kuih koo....

 

 

 
Acuan yang aku gunakan...besar gedabak...cari yg comel2 acuan kayu tak adala pulak....

Inti Kuih Koo yg dah siap dikepal bulatkan....

Kuih Koo disusun dalam loyang kukusan sebelum dikukus....
 

Sunday, April 17, 2011

kek lapis epal

kek ni resepi nyer aku gunakan resepi kek lapis cempedak. cuma bezanya aku pakai epal yang aku mesin dengan susu pekat dan aku masak bagi dia pekat sedikit. pastu sapulah pada laipsan ke 3 dan seterusnya.
memang lembut, memang yummy, memang lemak.masam.manis. hehehhee....

akhirnya menjadi percubaan yang pertama. suka-suka..my hubby dan makcik pun ckp sedap. oklah tu...

selamat mencuba,

1 first cake deco - kek lapis choc cheese

nilah kek yang di tempah oleh my bos. pertama kali mendeco. pada hal, lum pergi kelas mendeco pun lagi. dah orang beriya-ia nak. aku pun meberanikan diri. memang sangat takut. first time sapu kirim ni, aku dah give up dah. ni bukan mcm buat cupcake. lain tu. hehehe...
tapi lahamdulillah..semuanya berjalan dengan baik. cuma aku berharap base keknya sedap seperti selalu. jgn lah ada cacat cela di mana.

hehehe..apa pun thumbs up untuk diri sendiri coz berani mencuba. thanks to my hubby yg bagi galakan. hehehe....

suka sangat..tak tau mcm ner nak habaq.

Thursday, April 14, 2011

kek lapis strawberry kukus

source: easybakes
Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7) 
4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco - tukar to strawberry emulco
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat  strawberry emulco.

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. 

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...