Wednesday, March 9, 2011

tips nak coeslow tahan lama dalam peti sejuk

1. sebelum hendak membuat coesaw. bahan-bahanya hendaklah di rendam di dalam air cuka,garam dan gula ikut citarasa anda.

2. simpan semua bahan di dalam peti sejuk.

3. apabila mahu makan atau menggunakannya. tapis bahan tadi dan campurkan dengan mayonis,

4. bahan yg sudah di campurkan dengan mayonis hanya tahan beberapa hari.

5. lebihan bahan yg direndam tadi, jika ada lebih sebelum dicampurkan dengan mayonis. hendaklah dibuat semula proses yang pertama.

tips memasak kari

1. bawang,halia hendaklah dihiris halus. apabila hendak menumis pastikan minyak panas, api diperlahankan. masukkan semua bahan penumis dan juga daun kari. sehingga naik bau masukkan cili jika hendak pedas.

2.kemudian masukkan serbuk kari yg sudah dicampur air. tumis sehingga pecah minyak.sentiasa dikacau kerana takut hangit.

3.apbila kelihatan minyak sudah naik ke atas bahan rempah, masukkan santan.

4. kacau perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan bahan basah, ikan,ayam atau daging. masak sehingga pecah minyak.kemudian baru masukkan garam & gula.

tips memasak bingka cth: bingka ubi, tepung beras

1. campurkan semua adunan.kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.

2. kacau sehingga pekat.

3. kemudian angkat periuk dan senggetkan ke hadapan. apabila bahan dalam periuk tidak melekat dengan periuk atau kuali dan mengikut satu gumpalan. maksudnya sudah masak.

4. tutup api dan masukkan ke dalam loyang yang sudha disapu dengan minyak.

5. bakar selama 1 jam 20 minit. atau mengikut kesesuaian oven. atas api bawah.

kebosanan melanda....

ermmm...kerja semakin kurang di pejabat sekarang ini. sangat-sangat bosan. dah tak tahu nak buat mcm mana ni...adush...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...