Monday, November 22, 2010

sambal goreng gesek (sambal kering melaka)

ramai teman tertanya-tanya apa tu sambal gesek. ohh...makanan yang mengkhayalkan bagi aku. sambal ni dimasak dengan api yg perlahan dan lama sehingga kering. ianya menjadi khayal bila diratah macam itu sahaja atau digaul dengan nasi atau roti. uishh..sukar digambarkan kesedapannya.

di bawah ini resepinya:

bahan A
3 cawan cili blender
2 biji labu bawang merah (besar)
sedikit belacan
minyak

bahan B
100-200gm ikan bilis yang digoreng
sedikit garam
2 sudu besar gula pasir
air asam jawa sedikit(ikut sukalah)

1. mesin semua bahan A dengan minyak . saya mengunakan 1 cawan minyak masak.
2. kemudian tumis sehingga kering, pekat dan warnanya menjadi gelap.
3. kemudian masukkan gula, air asam dan garam.
4. setelah anda puas hati dgn tekstur kekeringanya. tutp api dan masukkan ikan bilis goreng tadi.
gaul sehingga sebati. kemudian angkat.

tips: saya menumis tanpa mengunnakan minyak tambahan . kerana minyak yg di dalam cili sudah cukup untuk menumis.

selamat mencuba

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...