Friday, October 14, 2011

faridah salem lagi...dan lagi..dan lagi... tolong berhati-hati!!!!

pagi tadi ada seorang hamba Allah berbangsa india dari mentakab menghubungi saya kerana terbaca pasal faridah salem (sendikit parcel antarabangsa) di blog saya. memang saya hampir ditipu tetapi alhamdulillah Allah melinndungi saya. kerana saya siasata dan juga banyak syak wasangka dengan tindak tanduknya. tetapi bagi saudari itu,yang telah tertipu dan  dia membayar rm 4 ribu untuk mendapatkan parcel tersebut. tetapi apabila sendikit terbabit meminta wang lagi, baru dia percaya yang dirinya telah tertipu. sangat simpati kepada beliau. saya sangat2 berharap pada sesiapa yang terbaca blog saya ini,dan ketika ini beremail dengan Faridah Salem. tolong hentikan perhubungan anda dengan perempuan tersebut. saya pasti dia bukan berbangsa britian dan bekerja dengan syarikat BMW dan juga parents dia bukan berasal dari kuching.

dari butiran percakapannya di dalam talian telefon, dengan jelas seperti orang berbangsa filipina. tetapi pada sesiapa dalam proses untuk menunggu parcel dari beliau. saya cuma nak ingatkan tolong dengan sekeras-kerasnya untuk tidak menerima parcel tersebut . dan ignore pada urusan tersebut.

pada rakyat malaysia yang bersekongkol dengan sendikit tersebut dengan menelefon para-para mangsa. saya berharap sangat anda diberi peluang untuk berubah dan diberi peluang untuk bernafas bebas disebalik tiang-tiang besi. jika anda sudah berkeluarga. saya berharap anda sedar, rezeki yg anda cari dari membantu sendikit ini tidak mendapat berkah dan ianya duit haram untuk anda beri pada keluarga anda. sedar sebelum terlambat.

saya berharap sendikit ini akan tertumpas dengan cepat. lagi lama ia berleluasa, lagi ramai yang naif akan tertipu dengan ratusan, ribuan ringgit. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...