Friday, October 14, 2011

Barang Kemas tidak sesuai pakai ketika memasak

saya merupakan pendengar setia radio IKIM, banyak betul ilmu2 yang di keudarakan oleh tetamu yang hadir. Subahanallah....pada sesiapa yang belum tergerak hati ataupun mencuba nak dengar. cuba try test ya..ruangan yang menarik pada hari rabu pukul 10 pagi bersama prof muhaya. cuba dengar motivasi dari beliau dan juga masalah2 dari pemanggil. kadang kala ada ketikanya ianya menyentap jiwa kita dan menyedarkan kita. pada hari khamis pukul 5 petang. bersama saudara baru. pada hari selasa ada isu kewangan islam. saya promote ni bukannya apa, coz ilmu. ilmu yang kita malas nak cari dari buku, dari pergi majlis ilmu, ceramah. so kalau kita dengar di radio ikim, mesti akan terdetik, eh...kenapa kita tak mencari ya? kenapa dan kenapa? bukan tak boleh nak dengar siaran lain. boleh...tukar2 pun tak pe.

ermm..tapi bukan ini yang saya nak kongsikan. tapi berkaitan dengan barang kemas. chef sabri ada bagi tahu bahawasanya, apa bila kita memasak benda yang ada alkali atau asid contohnya menggunakan tomato, limau nipis, asam jawa, makana-makanan ini apabila terkena pada barang kemas, ia menjadi bahan pencuci daki-daki yang berada pada barang kemas kita. so daki2 tersebut masuk ke dalam makanan. kira tak bersihkan....makanan pun cepat rosak. tersentak juga la kan. macam mana selama ni duk bagi makan kat famili. cincin bersusun di jari. sekarang ni terpaksa buka..kalau tak, kita duk bagi makanan yang tak bersih pada keluarga, bila tak bersih macam-macam penyakit fizikal dan rohani akan datang.

harap dapat praktikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...