Tuesday, November 23, 2010

vadee

deh..deh..deh..., duk punya cite ngan sepupu hubby aku yang dari kelate tu pasal kuih vadee ni. tapi dia masih tidak boleh imagine macam mana rupa kuih vadee ni. pada aku kuih ni sepatutnya semua lapisan masyarakat akan tahu. hehhe..kelakarkan. so nak la tunjuk dekat dia . so aku pun buat lah.. pada hal tidak lah terror pun . aku main agak-agak jer bahan-bahanya. alhamdulillah menjadi. ramai pulak puji sedap. hahahahaa..so nak share lah resepinya. mana tahu ada suami , bapak mentua yanga suka. boleh lah mecubanya...

resepinya :
kacang dhal ikut sukalah nak banyak mana. tapi saya buat 300gm
air panas
6 helai daun kari
2 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
sedikit jintan manis dan jintan putih
sedikit garam
sedikit gula pasir

cara membuatnya.
1. rendam kacang dhal di dalam air panas selama 1 jam
2. selepas itu, mesin kacang dhal tersebut sehingga hancur. jangan bubuh air banyak sangat yer. agak-agaklah.
3. bawang merah yang kecil dibahagi kepada 4 kemudian dihiris. cili kering dan daun kari di potong kecil-kecil ikut sukalah.
4. kemudian gaulkan smeua bahan tadi di dalam kacang dhal yang sudah hancur.
5. panaskan kemudian kepalkan dan penyekkan di tapak tangan. dan goreng. kalau tercair sedikit masih tidak mengapa. sudukan dan goreng. so boleh jadi cekodok vadee. saya lebih suka yang lembut. rasanya sedap juga.

selamat mencuba...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...