Wednesday, November 24, 2010

hari peribahasa

rezeki harimau - perolehan yang kadang-kadang dapat banyak tetapi kadang-kadang tak dapat langsung. kenapa aku buka isu ni. perumpamaan ini sesuai untuk aku yang baru nak mulakan bisnes makanan ni. kadang kala masyuk kadang kala tak ada. tapi kita sebagai orang islam mesti kena selalu percaya, jika sudah rezeki kita, pasti akan menjadi rezeki kita. dan mungkin rezeki kita tetapi kena share dengan orang lain . atau pun rezeki orang lain yang mungkin akhirnya menjadi rezeki kita. semuanya dariNYA yang ESA. kita merancang dan memohon. tapi maha PEMBERI adalah yang di atas. sesungguhNYA DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. so hasad-hasad dengki ni jauhkanlah. dan satu lagi, jangan cepat putus asa, atau putuskan apa sahaja hanya kerana rezeki yang orang lain tidak mahu share ataupun bukan hak kita. sesungguhnya bersyukur dan sentiasa berfikiran positif adalah lebih baik dari beburuk sangka terhadap orang lain. mungkin hari ini orang tidak percaya dengan hasil kita. tapi lama-lama kalau kita bersungguh mesti akan ada orang mahu juga,


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...