Wednesday, November 24, 2010

ketam masak lemak tempoyak

uish..bila ada ketam asyik masak lemak, goreng biasa, masak black pepper, kari pekat, masak sambal dan sup. ermm...apa lagi yang nak dibuat ni. maybe kena ada perisa lain. so aku carilah kat internet resepi apa yang boleh di improvise. chewahh....cakap orang putih. hehehhehe..cari punya cari. tak ada pun yang berkenan di hati. so apa lagi, dah rasa macam nak masak lemak jelah. bila dah keluarkan semua bahan. alamak, ada tempoyak lah. boleh ke tak bubuh tempoyak dnegan ketam. berdosa ke tak eh? hahahaha..boleh pulak berfikri sekejap.

so akhirnya mabil keputusan nekad, ingin mencuba. wah....ketam mahal ni. boleh pulak nak mencuba. tawakal lah kan. bila dah mencuba, haruslah sedap awak oiiii...teruja nak cerita. berselera makannya. pasal jarang dijumpai. maybe kat negeri lain  ada kot. tapi kat kodai cik peah pun, tak ada masak lauk gini. nak ceritanya. ahahhahaa..

bahan-bahanya:
ketam (4 ekor jer. dibelah dua) - waktu beli tu timbang-timbang sikit dengan tangan. kalau berat tu, banyak isinya. pas tu beli lah hari-hari memang ketam banyak isi. agaknya 20hb ke atas kot. bulan islam. rasanyalah.hehehe
1/2 kilo santan pekat.
5 biji bawang merah
segenggam atau ikut sukalah cili apinya
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk.
tempoyak dalam 3 sudu. saya beli yang dah siap ikat kecik-kecik tu. pakai semua.
sekeping asam keping.
sedikit air, garam dan gula.

cara membuatnya.
1. mesin cili api, bawang merah, kunyit hidup.
2. kemudian masuk dalam periuk dan renehkan dengan sedikit air. kemudian masukkan serai yang sudah diketuk tadi dengan asam keping.
3. masukkan santan. kalau pekat sangat masukkan air sedikit. ikut sukalah.
4. setelah mendidih masukkan tempoyak. kacau sampai medidih.
5. setelah itu masukkan ketam dan bahan perasa.

itu sahaja caranya. mudah bukan. tutup mata tak boleh buatlah. teraba-raba nanti. kepekatan, kepedasan, dan rasa. ikut selera masing-masinglah ya. taste lidah masing-masing tak sama.
selamat mencuba.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...