Tuesday, March 29, 2011

kami bergaduh

zaman muda ...kita terlalu alpha..terlalu panas. apabila rasa selalu dibuli.akhirnya rasa nak keluar dari kelompok dibuli membuatkan kita bertindak di luar kewarasan kita. akhirnya perkara baik yang kita buat akan terus terpadam...nampak kejahatan je. aku mengaku aku salah. salah kerana tersalah cerita. salah kerana tak mendengar kebenaranya yang tak cuba diceritakan, salah kerana dah tak nak maik tahu, salah kerana tak cuba memahami, salah kerana terlalu marah. maybe sampai dah terfitnah. itulah akibatnya apabila kita sudha lama menyimpan rasa bengang yang lama. so bila dah tak tahan, nilah yang berlaku. meletup api kemarahan...tu lah bahananya!!!!...sukalah si setan, dah dapat menghasut. cis!!!!

saya tak hairan org nak kata apa. bermuka-muka ke apa ker. ada ketikanya bila aku duduk dlm keadaan tenang dan mencari mana silapnya. kalau org itu tak mengaku, tak mengapa. aku sendiri dengan rasa rendah diri memohon kemaafan. walaupun secara terbuka. walaupun ketika itu, org dah henyak-henyak maruah aku.
aku tak peduli pandangan mereka. biarlah nak pandang celah mana pun, nak kata belah mana pun. yang aku tahu aku ikhlas, dan memohon biar Allah beri aku kekuatan untuk memulakanya dan aku mohon biar org itu terbuka hati untuk menerima kemaafan ku. tapi dia tak mahu terima...nak buat macam mana. diam lebih baik..sebelum aku keluar ayat2 pedas.

aku tak mahu cerita apa yang berlaku. coz maybe akan membuka aib lagi. cuma penyataan di sini. apabila kita selalu buat org, cakap sesuka hati tak fikir perasaan org. lukakan hati orang. akhirnya apabila terkena diri sendiri. kita tak boleh terima. itulah hakikatnya. kadang kala kita kena fikir juga, kenapa kawan kita marah sampai begitu sekali sedangkan dulu dia tak macam tu. ermm...kadang kala salah sendiri kita tak nampak , salah orang lain sahaja.

apa pun aku sentiasa memaafkan dia. sama ada dia nak berkawan atau tidak. aku tak usaha ke arah itu. cuma sedih tu tetap ada. aku doakan semoga dia bahagia dengan hidup dia sekarang, semoga dia mendapat apa yang dia hendak selama ni. amin...

p/s: terlalu lama berada di atas. apabila berada dibawah, perumpamaannya sepert mati lebih baik dari hidup. tapi sedar kah kita, hidup ni ujian. bukan atas kertas, tapi atas kehidupan kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...