Monday, April 18, 2011

kuih koci keledek ungu

rasa tertarik dengan gambo kuih koci ini. so aku cedok sekali lagi dari blog cekvisionhome yang sangat kreatif. suka-suka. nanti kalau dah cuba nak tayang lah. heheheh....
 
KUIH KOCHI KELEDEK UNGU....

BAHAN-BAHANNYA...utk dough kuih kochi...
  • 4 biji keledek ungu bersaiz sederhana..( saiz sedang2 je....lupa aku nak timbang...he he..)
  • 10 sudu besar tepung pulut..
  • Secubit garam..
  • Sedikit minyak jagung/sayur utk disapu keatas daun pisang...
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus kuih kochi...


BAHAN-BAHANNYA...utk inti kuih kochi....
  • 1 biji kelapa parut ....( putihnya sahaja....)
  • 10 ulas durian...( masak sekali ngan biji2nya...tapi kalau nak amik isinya je tak de hal..boleh je..)
  • 2 sudu besar gula pasir..
  • 1 ketul gula melaka diracik....( saiz sederhana besar...pun kes lupa nak timbang....)
  • 1 cawan air..
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 helai daun pandan disimpulkan....

CARA-CARANYA...utk inti kuih kochi...
  • Masak air bersama gula..gula melaka...durian dan masukkan simpulan pandan...
  • Kacau hingga gula larut dan adunan sebati bersama durian sampai agak likat...
  • Masukkan kelapa parut....kacau sebati...masukkan tepung ubi kacau lagi sehingga inti agak pekat dan tidak melekat lagi dikuali....kira ok dah inti tu....masak dah ..tutupkan api...ketepikan kejap ....

CARA-CARANYA....utk kuih kochi...
  • Keledek direbus sehingga empuk....ditoskan....dilenyek....
  • Masukkan tpg pulut + garam kedalam keledek yang telah dilenyek...
  • Uli adunan  sehingga sebati dan tak melekat kat tgn...siap dough dah...
  • Sediakan daun pisang...potong daun pisang ikut kesesuaian saiz yg dikehendaki....dilayur terlebih dahulu daun pisang sebelum digunakan utk membungkus kochi....
  • Sapukan sedikit minyak keatas daun pisang ....isikan inti kedalam dough kochi yg telah dibulat2kan dan bungkuslah kochi ikut citarasa masing2 k...
  • Panaskan kukusan....susunkan kuih kochi ke dalam loyang kukusan....dan kukuslah kochi lebihkurang 15 - 20 minit atau sehingga kuih masak....Masak dah
  • Biarkan kuih kochi sejuk sebelum dimakan ya....he he...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...