Monday, March 7, 2011

keadaan sekarang.....

aku.siapa aku? ermmm....sukar untuk menafsirkan orang macam mana aku ini. ermm...tapi aku bersyukur yang aku mempunyai keluarga yang ramai, sayang menyayangi, ada anak dan suami. dugaan memang sukar nak diceritakan. perit jerih yang dilalui hampir menjadi salah seorang pesakit jiwa. tapi alhamdulillah sifat selalu muhasabah diri, selalu sedar akan sekeliling, selalu menerima kasihat orang dan juga berfikir dan terus berfikir mencari punca masalah. akhirnya ini lah, inilah yang aku ada. dan aku hargai.

terima kasih pada yang ESA kerna mengurniakan saya anak. memberi saya peluang tuk merasai nikmat menjadi seorang ibu. terima kasih kerana memberi saya suami yang penyayang, panas baran dan suka mengarah-ngarah. dan terima kasih kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk bertahan menjadi isteri kepadanya. saya menerima dengan reda. taat padamu dan taat padanya juga. walaupun sedikit sakit kepala tetapi saya bersyukur kerana tidak ada rasa kekurangan dari semua segi. alhamdulillah...amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...