Tuesday, January 3, 2012

pelan kehidupan-prof muhaya

hari ini dalam radio ikim bersama prof muhaya, tajuk ini sgt2 menarik. so saya nak share sedikit.
ada 3 perkara yg boleh kita lalui dlm kehidupan kita dengan aman,
1)ketenangan jiwa  - dari segi percakapan dna tindakan
2)kebahagian  - bahagiakan org lain
3) kebebasan - memberikan kebebasan mengikut batasan agama
berikan 3 perkara ini kepada org lain.
sentiasalah berniat untuk merasa tenang dan segala tindakan kita akan menenangkan dan membahagiakan.
prinsip untuk mendapat ketenangan jiwa dan juga bahagia.
1)mesti mempunyai pemikiran yang terbuka & bergantung kepada Allah.
2)Kemahuan dan kecenderungan yang kita seronok nak buat
3)kita tidak boleh beri apa yang kita tidak ada. jadilah orang yang penyayang dengan beri apa yg kita mampu beri.
4)satu hari duduk diam dan bertafakur-lihat diri dan jadi pemerhati akan perangai diri sendiri.cuba fikir nape aku buat itu dna ini, jd mcm tu dan mcm ni...
5) lupakan sejarah yang lepas. setiap hari kena bina konsep hidup yang baru. kerana sejarah yg lepas adalah pencuri yang membuatkan kita terikat pd sejarah lama dan duk risau akan masa depan.
6) setiap masalah yang kita ada, cuba ubah fikiran kita untuk menyelesaikannya-positif
7)buang segala kebencian
8)cuba pejam mata dan bayangkan apa yg kita impikan, nak jadi sihat, cemerlang dna sebagainya
9)hargai diri kita sebagai hamba Allah (sangat2 penting ni!!!)
10)org yg plg bijak adalah org yg berkeupayaan menolak pemikiran yang melemahkan dirinya.
entah kenapa saya menangis apan bila prof menghuraikan prinsip ini satu persatu. rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah....

Alam rumahtangga adalah seni bukanlah badai dilambung ombak

beberapa minggu yang lepas saya beborak dengan sorang teman yang meniti saat akhir zaman bujangnya. ada riak was-was dengan keputusannya . di facebook pun ramai yang bercerita masalah rumahtangga, bercerai sana sini, suami buat hal, isteri pun buat hal juga, anak pula lintang pukang dan macam-macam lagi. dek kerana desas desus cerita di internet dan di dada kahbar, membuatkan orang yang nak meniti alam perkahwinan, berdebar-debar menconggak nasib mereka pula.

saya tersenyum mengenang saat saya mula berkahwin, saat saya meniti  dan mengecapi alam perkahwinan selama beberapa tahun. memang banyak dugaan yang dihadapi. kadang kala rasanya nak rebah juga.
ehehehe.....tapi, rupanya kita boleh mengawal semua itu dengan iman dan juga ilmu. bila ada ilmu kita boleh mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk rumahtangga kita, dan dengan iman kita mendirikan solat dan berdoa kepada yang Esa, bantu kita....pelihara kasih sayang kita. but apa yg disuruh tinggal apa yang dilarang.

berbalik kepada rakan saya ini, satu je nasihat saya, POSITIF! setiap orang tak mengalami nasib yang sama. berbeza-beza, tapi pembentukan datang dari diri sendiri. kalau fikir terlalu negatif atas nasib orang lain ke atas diri kita yang belum kita tempuh, seharusnya kita akan tempuh nasib yang buruk itu. coz kita dah bayangkan awal-awal kisah itu. cuba fikir benda yang indah-indah, dan lalui saat-saat itu dengan indah.....bukanya banyak fikir tentang  seperti....

- takut suami berubah setelah kahwin
- takut ekonomi rumah tangga tak bagus
-takut kita tak boleh melahirkan anak
-takut dapat anak lambat
- takut tak dpt sesuaikan diri
- takut keluarga mertua dan ipar duai tak baik
- tak pandai masak

ermm.....sentiasa beristikarah dan sabar. supaya apa yang kita buat, kita tenang selalu. setiap orang akan mengalami dugaan yang berbeza-beza. saya juga pernah mengalami ujian yang besar dalam rumahtangga saya. tapi rupanya dugaan itu, adalah ujian yang mendekatkan saya kepada Allah. dugaan yang membuatkan saya melangkah luas untuk memperbaiki diri sendiri saya & hidup saya. mungkin dulu bila bergaduh selalu nak salahkan pasangan. kadang-kadang salahkan tuhan juga kerana jodoh macam ini. padahal bercinta  kan bukan pilihan keluarga...Astagafirullah...

sebenarnya bila datang masalah, perkara pertama kita lihat diri kita dahulu. muhasabah dan duduk melihat silap dalam diri sendiri walupun kita rasa bukan salah kita. cuba baikkan diri kita ini, setiap hari cuba buat yang lebih baik walaupun pasangan kita masih nampak salah kita. kemudian baru berbincang dengan pasanga. jika rasa dah bincang tak boleh, sentiasa minta bantuan dari Allah. kadang kala niat kita perbaiki diri kita untuk sedarkan pasangan kita akan membuahkan hasilnya.coz kita memang tak tahu nikmat pada hikmah yang Allah beri pada ujian yang diberinya. jika kita tahu sudah pasti kita tidak akan membuat perubahan dalam diri kita.

Allah sentiasa memberikan kebaikan dalam hidup kita, jika datang keburukan itulah ujian dalam hidup. supaya kita sentiasa sedar, bahawa kita ini cuma hambanya di dunia ini. dicampakkan adam dan hawa sehinggalah lahirnya kita ini hanya sebagai hambanya yang memakmurkan bumi ini. so, kita harus memakmurkannya...
indahnya alam rumahtangga ini apabila ada sabar dan iman dna juga ilmu. mana tak tahu pergilah menuntu ilmu dengan orang yang betul. kadang kala terlalu mengejar kemewahan, kekayaan, kesenangan dan kerjaya juga boleh menyebabkan rumah tangga kita tiada seninya. kejarlah dunia dan akhirat. sebagai isteri reda suami itu penting. nak buat apa pun, kena minta kerelaan nya. isteri harus jaga akhlak, akidah dan aurat demi suami dan agama. baru anak-anak membesar dengan sihat.

jika suami tidak mengikut ajaran islam, kita isteri yang patut buat dengan sabar. sentiasa berdoa, dibuka kan hatinya. jangan asyik cakap suami saya tak bimbing. terlalu banyak bagi alasan juga tidak menyelesaikan masalah. usaha yang penting. saya bukan kaunselor tapi saya bercakap melalui pengalaman. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, akan buatkan kita sentiasa tenang melalui alam rumahtangga. insyAllah...hidup akan lebih bahagia, mcm2 rencah, warna, dekorasi yang kita boleh hiaskan dalam hidup rumahtangga kita. bukan selalu fikir bagai kapal, yang kadang kala dilambong ombak lah, terhempasah..apalah...

pada semua kawan-kawan yang lama dan baru dan akan berkahwin. semoga ceria, berfikiran positif dan bahagia selalu...

KAWAN-KAWAN LAMA DARI FSP-UITM SHAH ALAM (1999-2002), IJAT,KAK IDA & CICI


30 DEC 2011-9 MALAM, RESTOREN DARUL EHSAN, SEK 11, SHAH ALAM, SELANGOR
perjumpaan sahabat lama sewaktu di fakulti seni persembahan uitm shah alam. bersama ijat, kak ida dan cici.
rasanya menghitung waktu tak sabar nak berjumpa mereka semua. lebih kurang 8 tahun kami tidak berjumpa each other selepas konvo pada tahun 2003. waktu dulu fizikal dan mental kami sangat berbeza dari sekarang ini. rasanya tak cukup waktu yang ada, coz aku datang lewat sedikit. ermmm....

sambil makan dan sambil bercerita, kisah dulu dan kisah sekarang ni. anak-anak pun buat hal masing-masing. hehehehe...terbayang kalau ramai lagi yang hadir, mesti gamat tempat ni. yelah kami ni di kira puak-puak kecoh jugakan. heheheh.....

waktu ini terimbau juga saat bersama di fakulti. macam-macam cerita, ragam dan hal lah. menitis air mata sekejap bila sampai di rumah. sangat2 rindu dengan rakan-rakan yang lain. nani, dekja, honda, achu, faris, awe, abro, zila, wati sedih, wati , mek, kak maya, kak eiza, kak n, siti K,lenny, kak elis, abg rizal, abg amran, wadi, oda, ayang, wah...sape lagi ni..? mcm ada yg tertinggal je ni...ketuk2 kepala, x ingat juga.

siapa sangka, cici yang kahwin dulu sebelum tamat belajar, akhirnya sudah menjadi seorang suri rumah yang kira berjaya. kerana dimurahkan rezeki dengan empat orang cahaya mata yang comel. walaupun ada dugaan dengan anak keduanya yang mengalami sindrom idd, aku rasa dia tetap ibu yang terbaik buat anak-anaknya dan isteri yang hebat. bukan senang untuk melahir dan membesarkan anak yang ramai. tapi aku lihat dia ceria, dan cara dia menceritakan keletak anak-anaknya, bersinar mata dia, dan sangat menarik.

kak ida, dulu gadis genit yang nampak lesu jer. hehehe...sorry kak ida. dulu kak ida sangat kurus ke hulu ke hilir dengan zila. mana zila pergi ek? sekarang ini, agak gebu, nampak wajahnya berseri-seri dan manis. maybe kerana pengaruh cinta sang teruna, hehehe....nanti jemput yer, kami makan nasi minyak. dulu kak ida bekerja di syarikat penerbitan, siapa sangka sekarang ini kak ida dan kawannya dah buka syarikat penerbitan sendiri. walaupun kecil. aku rasakan langkahnya sudah besar berbanding kami semua yang masih makan gaji. title pengurus tu dah lama menjadi idaman kami, tapi kak ida dah dapat dulu dah..heheh...syukur alhamdulillah. kami mendoakan agar terus berjaya dan mendapat kebahagian yang di impikan.

ijat pula...wah ni banyak nak cerita. sahabat yang paling akrab dengan saya. walaupun apa yang orang cakap tentang dirinya. bagi saya, dialah sahabat baik saya. kami dulu di kelas yang sama dalam beberapa subjek. dialah sahabat yang banyak menghulurkan bantuan dengan kenderaannya...orangnya baik dan tidak kedekut. hehehe......Terbaik!!!!....sekarang dia sudah terbang ke bumi Australia. merantau terus di sana. dari dulu ijat memang bagus dalam PR. akhirnya itulah rezeki dia,bekerja di dalam bidang sales dan juga marketing. jika di hitung-hitung tak ramai rupanya batch kami yang masih setia dengan bidang yang kami pelajari dulu. cuma wati, fariz, ika, lenny,honda dan budak2 degree. yang lain semua dah di luar bidang. hehehhe...tapi satu jelah bidang yang kami masih sama.....vokal kami, gaya kami bercakap dan kamera, masih sama seperti dalam bidang. yelah...kami dulu belajar kelas lakonan, vokal. hehehe...sambung cerita pasal sahabat saya seorang ini. dia seorang yang sentiasa ceria, walaupun ada masalah...senyum dan senyum....sebab itu dia disenangi orang. kini dia sudah jauh merantau....sudah susah nak berjumpa dna bersembang... saya doakan, dia menjumpai kebahagian yang lebih terjamin dunia dan akhirat.

apa pun...bagi saya semua kawan-kawan saya telah berjaya dan bahagia. memori ini akan sentiasa terpahat di minda saya. terima kasih di atas pertemuan ini. semoga ada lagi perjumpaa akan datang. dan semoga semuanya hidup sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.

Monday, January 2, 2012

karipap

assalam, hari ini saya nak share resepi karipap frozen saya. alhamdulillah mendapat sambutan yang baik.resepi ini saya belajar dari cikgu saya, kak june.

1kg tepung gandum
100gm marjerin - terpulang nak cairkan panas2 ataupun tidak

sedikit garam
235gm air sejuk - bubuh sedikit-sedikit agar tidak adunan menjadi lembik.
2biji telur

gaul semua adunan kecuali air. setelah sebati, baru masukkan air sedikit demi sedikit.
saya dapat 90 biji untuk adunan ini.

setelah siap, bakar dalam masa 2 minit kemudian, boleh bungkus setelah sejuk. tahan selama 6 bulan. hasilnya setelah goreng kulitnya tetap keras, tidak lembik...

Thursday, December 29, 2011

dah lama x update

assalam...
dah lama x update blog ni. bukan apa masa yg terlalu sibuk dgn mcm2 urusan. insyallah...maybe dia suatu masa saya akan terus update..

Wednesday, November 30, 2011

islam itu indah - radio ikim

selalu tak anda mengikuti rancangan di radio ikim? terutama pada hari rabu pukul 10.00 pagi. segmen bersama prof muhaya. saya amat suka mendengar suaranya yg lunak apabila berkata. kata-katanya terkesan di hati saya. kadang kala sy terfikir adakalanya prof terbudget bagus juga...tapi apabila dia menarik kata2nya saya rasa kita manusia ni mmg dilahirkan semulajadi lemah. tidak ada siapa pun yg kuat melainkan Allah.

nak share salah satu isu yg diketengahkan ialah 4 kematangan :

1. fizikal - orang yng lebih cenderung kepada fizikal, rupa, sentiasa nak tgk buku2 fesyen , benda-benda yg menarik ini, di kategorikan org di kelas yg bawah.
2. pahlawan - yang sentiasa stress, sentiasa berebut-rebut bersaing mencari harta dunia, pangkat, darjat, gelaran.
3. orang yg dermawan - orang yang sibuk memberi, yang tahu hala tuju hidupnya.
4. orang yang sangat berkira-kira - dia sentiasa nampak dirinya di dalam setiap orang, di bibirnya sentiasa memuji nama Allah, bila nampak benda orang ni baik, sentiasa ckp subahanAllah alangkah baiknya jika saya boleh jadi baik mcm dia...sentiasa mengigat mati.(kelas yang terbaik)

bila saya dengar perkara ini, hati saya terkedu seketika, terfikir di mana saya berada skrg ini? ada beberapa lagi slot-slot yang prof bagi, membuatkan sy banyak termenung memikirkan di mana saya berada skrg? di mana saya harus memulakan perkara ini? siapa saya ini di mata Allah? mmg banyak yg mengauditkan diri saya ini. saya tak pernah lepaskan peluang mendengar siaran ini setiap minggu. kadang kala sanggup mengulang dengar di dalam laman web ikim. sayu , sebak semua nya ada....

laman web yg menarik- tip technique.

assalam...

dah lama saya x menulis di blog saya ni. dek kerana sibuk dgn kerja dan juga dek sibuk dengan bisnes di kedai. masih belum dapat menguruskan masa dan kewangan dengan sebaiknya dlm tempoh sebulan ni. tapi hari ini saya nak share sikit psl satu laman web yg saya terjumpa berkaitan penggunaan tip-tip mendeco kek. wah..sgt teruja dan best. kdg2 kala ada yg kita x smepat belajar di dalam kelas, coz cikgu ajar yg simpel2 jer...hehehehe...

http: http://www.bakeddecoratecelebrate.com/

di sesawang ni, ada neunjukan cara dan juga nombor-nombor tip yg boleh digunakan. tetapi bukan dlm konsep video. ianya di dalam bentuk penulisan. tak pe yg penting step by stepnya mudah difahami. apa pun selamat mencuba dan kena sabar dan minat untuk melakukan apa saja yg dinamakan art work.

Tuesday, October 25, 2011

PRODUK FROZEN - SEPAKET RM 5 (10 PCS) BELI 3 PAKET RM 10



  1. CUCUR BADAK
  2. KARIPAP KENTANG
  3. KARIPAP CENDAWAN
  4. KARIPAP SARDIN
  5. KARIPAP KARI AYAM
  6. KARIPA DAGING BLACK PEPPER
  7. POPIA OTAK-OTAK
  8. DONUT
  9. PUTERI AYU
  10. PULUT PANGGANG
  11. ANGKOO KUEH - DLM PROSES MENCUBA

logo kedai dah siap.


erm..alhamdulillah logo kedai dah siap. aku mengharapkan yang terbaik. aku harapkan ianya akan berjaya.
KB2, JALAN CECAWI 6/30, GUGUSAN SEROJA, SEKYEN 6, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...