Wednesday, March 9, 2011

tips nak coeslow tahan lama dalam peti sejuk

1. sebelum hendak membuat coesaw. bahan-bahanya hendaklah di rendam di dalam air cuka,garam dan gula ikut citarasa anda.

2. simpan semua bahan di dalam peti sejuk.

3. apabila mahu makan atau menggunakannya. tapis bahan tadi dan campurkan dengan mayonis,

4. bahan yg sudah di campurkan dengan mayonis hanya tahan beberapa hari.

5. lebihan bahan yg direndam tadi, jika ada lebih sebelum dicampurkan dengan mayonis. hendaklah dibuat semula proses yang pertama.

tips memasak kari

1. bawang,halia hendaklah dihiris halus. apabila hendak menumis pastikan minyak panas, api diperlahankan. masukkan semua bahan penumis dan juga daun kari. sehingga naik bau masukkan cili jika hendak pedas.

2.kemudian masukkan serbuk kari yg sudah dicampur air. tumis sehingga pecah minyak.sentiasa dikacau kerana takut hangit.

3.apbila kelihatan minyak sudah naik ke atas bahan rempah, masukkan santan.

4. kacau perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan bahan basah, ikan,ayam atau daging. masak sehingga pecah minyak.kemudian baru masukkan garam & gula.

tips memasak bingka cth: bingka ubi, tepung beras

1. campurkan semua adunan.kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.

2. kacau sehingga pekat.

3. kemudian angkat periuk dan senggetkan ke hadapan. apabila bahan dalam periuk tidak melekat dengan periuk atau kuali dan mengikut satu gumpalan. maksudnya sudah masak.

4. tutup api dan masukkan ke dalam loyang yang sudha disapu dengan minyak.

5. bakar selama 1 jam 20 minit. atau mengikut kesesuaian oven. atas api bawah.

kebosanan melanda....

ermmm...kerja semakin kurang di pejabat sekarang ini. sangat-sangat bosan. dah tak tahu nak buat mcm mana ni...adush...

Tuesday, March 8, 2011

tips nak buat kuih-kuih talam

1. selepas mencampurkan semua bahan hendahlah ditapis. kemudian masak dengan api yang perlahan. kacau dengan whisk dan sesekali sendukkan ditepi-tepi periuk. apabila sudah ada gentelan tepung. tutup api dan kacau sehingga sebati dengan wish. kacau perlahan. tak nak tepung berbuih.

2. buka api semua dan kacau perlahan sehingga kelihatan buih-buih POP tepung tu meletup. tutup api dan kacau tepung dan kemudian tuang dalam loyang. ketuk-ketuk tepung yang bergentel dengan sudu. kemudian tarik secara membulat menggunakan belakang sudu.

3. biasanya lapisan bawah dimasak 20 minit. lapisan atas di masak 30 minit. hendaklah dilap tudung setiap 5 minit sehingga masak. air hendaklah betul-betul panas.

result keluar dah

yahooo!!!!! result ms sanju dah keluar. another A. suka-suka amat suka. syukur alhamdulillah. harap-harap kali ni dapatlah best student. geram giler...nak dapat title tu.....

Monday, March 7, 2011

keadaan sekarang.....

aku.siapa aku? ermmm....sukar untuk menafsirkan orang macam mana aku ini. ermm...tapi aku bersyukur yang aku mempunyai keluarga yang ramai, sayang menyayangi, ada anak dan suami. dugaan memang sukar nak diceritakan. perit jerih yang dilalui hampir menjadi salah seorang pesakit jiwa. tapi alhamdulillah sifat selalu muhasabah diri, selalu sedar akan sekeliling, selalu menerima kasihat orang dan juga berfikir dan terus berfikir mencari punca masalah. akhirnya ini lah, inilah yang aku ada. dan aku hargai.

terima kasih pada yang ESA kerna mengurniakan saya anak. memberi saya peluang tuk merasai nikmat menjadi seorang ibu. terima kasih kerana memberi saya suami yang penyayang, panas baran dan suka mengarah-ngarah. dan terima kasih kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk bertahan menjadi isteri kepadanya. saya menerima dengan reda. taat padamu dan taat padanya juga. walaupun sedikit sakit kepala tetapi saya bersyukur kerana tidak ada rasa kekurangan dari semua segi. alhamdulillah...amin

projek paper

adush..masa terus berlalu hari demi hari. aku masih belum memulakan membuta projek paper. dapat ke tak aku konvo bulan julai ni. berdebar-debar rasanya. semangat tu hilang bila berakhirnya kelas. rasanya bersemangat bila pergi kelas. ermm...pas tu sibuk pula ke kelas masak memasak. so bila nak siap ni...dan yang penting bila nak start ni.

Friday, March 4, 2011

sendikit menipu melalui email dan pemberian hadiah mewah dengan diplomatic parcel.

dah lama tak menulis di laman blog ni. baru-baru ni aku sangat excited berjumpa dengan seorang kawan melalui email. namanya Fareeda salem. warga britain, melihat pada fotonya. nampak mcm orang baik-baik. dekat sebulan kami bersembang melalui email. tapi semakin byk email yg dihantar semakin rasa mcm ada sesuatu yang tak kena. waktu aku dah rasa terdetik mcm ada penipuan. tapi just laya je dulu. hingga lah satu hari, dia menghantar email dengan menyatakan ada kiriman barang untuk aku. dia memberi hadiah tanda persahabatan. tetapi yang menjadikan aku hairan dan cuak adalah barang-barang yang dinyatakannya termasuk duit dalam ratusan pound. apa yang dia cuba lakukan ni.

so aku pun bercerita sana sini untuk dapatkan pandangan kawan-kawan. di dada akhbar pun byk yng bercerita sendikit parcel ni.

so mmg licik dia orang ni. dia suruh kita track parcel tu, siap bagi nombor track. tapi masalahnya no contact courier tu tidak ada. so macam mana nak track.ermm....so just tunggu sajalah. so dua hari lepas tu, Fareeda Salem tu col dari london. tapi waktu tu sibuk so aku tak boleh layan dah. tapi dari suara dia, aku dah tahu dia bukan orang britain dan ton suara tu bukan wanita berumur 30 an. aku dah jadi down sangat-sangat. aku nak berkawan. tapi akhirnya jadi penganiayaan. so sad, aku rasa wanita di dalam gambo yang diberi itu semestinya orang lain.

dekat seminggu aku cuba lupakan kes ni. aku tak track pun parcel itu. itu pun atas nasihat kawan asp aku. thanks alin. hehehe..ramai betul yang ambil berat pasal ini. tetiba pula, ada orang kononya dari malaysian security apa jadah ntah..dan yang musykilnya dia pakai handphone number..014...nama shariza. so dia kata try banyak kali call aku. tapi tak dapat-dapat. mmg kes menipu. katanya parcel tu dah lama tersadai dengan dia org. yg aku pelik courier bukan terus hantar ke ke tempat mengikut pada resit. kelakar bukan.so dia kata nak confirmkan address dan nama. apa kejadahnya....memang nama, alamat dah terang-terang dekat resit parcel yang dihantar dekat email tu. hahahah....trick yang kedua pulak. so dan confirm, dia kata kena bayar duti admin pasal tu diplomatik parcel. bayarannya rm 4250.00 so aku jawap balik. kalau saya tak nak ambil mcm mana?

so dia jawab, lau tak nak ambil dia akan tanya sender. so aku pun jawab, better you tanya sender, coz barang tu bukan barang i, dia yang nak bagi. so dia jelah yang uruskan semua itu. hantar balik ke apa ke. who cares...aku dah tak peduli. jangan ingat boleh tipu dan aniaya orang mcm aku. ssh lah. maybe senang pada mulanya. .
maybe ni semua dugaan. mungkin ada hikmah/ tak berhenti aku berdoa agar aku dilindungi Allah. jauhkanlah dari sebarang masalah besar mahupun perkara -perkara yang boleh memudaratkan. Amin..Allah maha mendengar dan Maha melindungi.

pengajaran : bukan salah mempercayai orang lain. tapi kita kena peka dengan persekitaran, kena percaya juga gerak hati kita. bila kita rasa sesuatu yang tidak baik. maka cari lah jalan keluar dengan cara yang baik. mohon pada Allah untuk beri petunjuk jika baik maka permudahkanlah, jika tidak berilah petunjuk dan jauhkanlah.  sentiasa bercerita dengan kawan-kawan mahupun keluarga. jangan melakukan benda-benda baru sendirian. coz jika berlaku sesuatu ke atas kita sekurang-kurangnya ada orang yang boleh bagi guide pada kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...