Monday, November 22, 2010

How to make Cake Pops

beberapa hasil air tangan aku selepas pergi belajar...






ni beberapa hasil air tangan aku ni. chewahhh......ni baru mula-mula belajar dan ada start orang buat tempahan. mcm bangga sikitlah kan....senyum simpul sampai ketelinga...

apam jagung kukus


resepi :

bahan A
1/2 tin jagung manis dalm tin ( kalau tak suka boleh ganti kepada lain seperti pisang ke, kacang merah ker..apa-apalah)
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan marjerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air

bahan B

3 cawna tepung
1 sudu teh bakin powder

cara membuatnya
1. adunan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar
2. selepas itu , masukan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati
3. akhir sekali masukkan aduan tadi dalam loyang bulat. kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit

respei ni saya ambil dari internet. tak tahu nukilan siapa punya idea. tapi terima kasih kerana rasa apam ini sangat sedap. dan naik cantik sahaja. hehehe...selamat mencuba

kek black forest



resepi :

bahan A:
1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci . ni beli siap pon boleh, nak pakai tepung ready made pun boleh. cari dekat kedai kek lah.

bahna B
bahan-bahan hiasan
1 liter krim putar bakers mix (non diary whipping cream)
1biji ceri maraschino
10 keping hiasan coklat
1 tin ceri hitam
100 gm coklat masaan yang dihiris-hiris
sedikit jus

cara membuatnya
1. kek span coklat di bahagi kepada 2 bahagian . belah tengah yer...dan ketepikan
2. putar krim dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kambang dan gebu.
3. letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci
4. sapukan sedikit jus di atas lapisan pertama. kemudian sapukan krim putar ke atas kek tersebut, dan letakkan buah ceri yang dipotong.
5. letakan lapisan kek kedua dia tasnya. buat seperti step di atas tadi.  kemudian sapukan krim pada keseluruhan kek. disapu rata menggunakan pisau yang leper atau spatula.
6. kemudian hiaskan dengan hirisan coklat di bahagian tepi.
7. dibahagian gunakan piping berbetuk rosette di sekeliling dan dihiaskan dengan buah ceri.

yeh..dah siap. hasil dari puan noraini zakaria.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...