Friday, October 14, 2011

Buttercream bakery - kedai membekal kuih muih tradisional, kek, roti dan juga coklat.

Alhamdulillah, perancangan dipermudahkan. akhirnya kedai kuih muih saya bejaya dibuka dan diberi nama buttercream bakery. di seksyen 6 , kota damansara, di kawasan flat gugusan seroja. asalnya nama ni kerana dari perancangan nak buka kedai kek dgn seorang rakan. tapi tidak dipermudahkan di atas beberapa sebab. Alhamdulillah saya bersyukur juga pada hikmah yang Allah beri. kalau saya tidak dapat kursus kek anjuran ANGKASA dulu maybe saya tak tahu, rupanya saya belum bersedia nak buka sebuah bakery. so sepanjang kursus itu, ada beberapa pendapat dan ruang yang diberikan oleh rakan-rakan, chef dan juga pihak angkasa. beberapa laluan dikongsi bersama. akhirnya terbuka idea untuk membuka kedai kuih. dan saya meminjam nama kedai yang didaftar atas nama kawan saya ini untuk dipakai pada kedai saya. coz idea sayakan. hehehehe.....

alhamdulilah berkat, ketidak yakinan, berkat dari mulut org yang mematahkan semangat saya, berkat dari masalah-masalah lain dan juga pandangan org tentang diri saya. saya panjat perlahan-lahan.muhasabah diri untuk seketika dan merasakan memang ini yang Allah duga. so saya mencari jalan dulu untuk keluar dari aura negatif dlm diri dan juga persekitaran. berkat banyak mendengar ceramah prof muhaya akhirnya saya yakin apabila dugaan demi dugaan disambut dengan sabar dan reda, akhirnya Allah memberi benda yang lain. tapi dugaan baru bermula, ada banyak dugaan lain yang harus diharungi. saya berharap, Jabatan pertanian dan juga pihak Angkasa dapat membantu lagi dalam perniagaan saya ini.

niat saya, mencari reda Allah. jika saya maju, saya nak kongsi kegembiraan dan kejayaan saya ini dgn famili dan juga fakir miskin mahupun anak -anak yatim. coz memulakan perniagaan ini atas ehsan ilmu dan sumbangan dari pelbagai segi dari orang di sekeliling saya. Syukur dan saya amat berterima kasih.

pada rakan-rakan yang banyak beri sokongan. saya cuma berharap doa dari anda, doakan saya menjadi orang yang rajin berusaha. tak perlu doakan saya menjadi kaya raya. cuma doakan saya menjadi orang yang rajin berusaha dan sentiasa ingatkan Allah.  sebab saya yakin, kalau saya rajin, insyallah rezeki itu akan dtg tanpa di duga. dan saya juga mendoakan agar sesiapa yang ada rasa cemburu dan dengki pada saya, moga Allah membuka hati mereka untuk berbuat baik pada org lain juga. dan dipermudahkan urusan mereka.

pada suami dan ayah saya. doakan saya berjaya dalam bidang ini. tolong reda atas urusan yang saya buat ini. doakan saya menjadi org yg amanah pd tanggungjawab saya, tolong doakan saya agar apa yang saya buat ini saya boleh bantu orang lain, dan tolong doakan saya agar saya menjadi org yang rajin dan penyayang pada keluarga saya dan orang lain. dan doakan saya, apa saja yang saya masak sedap dan diberkati Allah. dan terima kasih kerana mencuba untuk memberikan sokongan pada saya dan mencuba untuk memahami saya dan minat saya.

pada pembaca blog saya juga, saya bukan nak tunjuk baik atau pandai. saya cuma berharap sesiapa yang ada cita-cita seperti saya yang mahu maju kehadapan. pertama cari reda Allah dan niat apa yang kita buat nak memberi syafaat pada org lain juga. jika saya ada salah dan silap maafkan saya. jika ada produk saya yang tak menjadi, maafkan saya juga. coz ada benda yang baru saya belajar. ilmu yang saya dapat dari keizinan Allah S.W.T. tapi kalau dah cuba berulang kali, hanya Allah maha mengetahui kenapa masih tak jadi. 

terima kasih, dan terus menyokong saya dan produk saya. saya cuba yang terbaik untuk mengeluarkan dan membekalkan produk halal pada org muslim dan juga bukan muslim. moga-moga dilembutkan hati. amin....

3 comments:

cik cek said...

Tahniah....semuga sukses selalu....:D

bib's favourite bake said...

tq.doakan saya terus berusaha untuk membantu org lain

Sue Bee said...

Teringin gak nak ada bakery sendiri, tapi langkah itu terbatas..hu..hu..hu..Tahniah dan semoga sukses..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...